PERANCIS menerima tamparan hebat pada kempen kelayakan Euro 2012 apabila tewas 0-1 kepada Belarus pada perlawanan pertama mereka, awal pagi tadi.
Sergei Kislyak berjaya membolosi gawang tuan rumah pada minit ke-86 untuk Belarus mengejutkan Perancis pada perlawanan sulung kelayakan Euro 2012 yang di Stade de France itu.
Dengan jurulatih baru Laurent Blanc mengambil alih tugas daripada Raymond Domenech, Perancis yang menghadapi penyokong sendiri untuk kali pertama selepas petaka Piala Dunia 2010 lalu, masih tercari-cari rentak sepanjang permainan.
Mereka dikejutkan apabila Vyacheslav Hleb dengan bergaya meloloskan diri ke kanan kawasan penalti sebelum menolak bola kepada Kislyak yang menewaskan penjaga gol Hugo Lloris dengan rembatan kencang ke penjuru kanan gawang.
Tags: EURO 2012, Kelayakan EURO 2012, Perancis, Perancis vs Belarus, Piala Eropah, Sergei Kislyak