Monday, 20/09/2010

Michael Ballack masih diperlukan Jerman

Published on September 6, 2010 by admin   ·   No Comments

JURULATIH Jerman, Joachim Loew mengakui, kapten Michael Ballack masih berada dalam perancangan meskipun pemain tengah itu diketepikan pada aksi sulung kelayakan Euro 2012.

Ballack, 33, tidak beraksi ketika Jerman menewaskan Belgium 1-0 di Brussels, Sabtu lalu.

Pemain tengah itu juga tidak disena- raikan pada aksi kedua bertemu Azerbaijan di Cologne awal pagi ini kerana dia masih mencari tahap kecergasan terbaik selepas mengalami kecederaan buku lali.

Sepanjang ketiadaan Ballack, jentera tengah Jerman diketuai Sami Khedira tetapi Loew berkata, beliau masih meletakkan nama bekas pemain Chelsea itu dalam perancangannya.

“Saya harap pasukan ini akan terus meningkatkan prestasi dan pastinya ia termasuk juga Ballack,” kata Loew.

Pada Rabu lalu, Loew telah mengesahkan Ballack yang kini beraksi dengan Bayern Leverkusen akan kembali mengambil lilitan lengan selaku ketua pasukan daripada Philipp Lahm apabila dia kembali nanti.

“Kita kena faham, Ballack masih belum boleh turun membantu pasukan dan dia baru saja beraksi perlawanan pertama bersama Leverkusen sejak dia mengalami kecederaan buku lali.

“Pasukan kami telah meningkat dengan pantas ketika Piala Dunia 2010 apabila beberapa pemain seperti Khedira dan Bastian Schweinsteiger berjaya meningkatkan tahap permainan mereka.

“Tetapi saya faham saya perlu berfikir dengan tenang dan Ballack akan kembali sebagai kapten,” ujar Loew.

Namun, jurulatih Jerman itu enggan mengesahkan sama ada Ballack akan kembali bersama skuadnya ketika dua perlawanan kelayakan Euro 2012 pada Oktober depan bertemu Turki dan Kazakhstan.

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Join Sokernet.com @ Facebook

Berita Berkaitan

Berita Terkini

Hak Cipta © 2010 Sokernet.com | Portal Bola Sepak Terunggul Di Malaysia.