Monday, 20/09/2010

Belgium 0-1 Jerman

Published on September 4, 2010 by admin   ·   No Comments
  • Miroslav Klose (51)

PENYERANG veteran, Miroslav Klose membuktikan keazamannya untuk beraksi dalam Piala Dunia akan datang apabila gol tunggalnya membantu Jerman melepasi halangan Belgium pada perlawanan pembukaan kelayakan Piala Eropah (EURO 2012).

“Selalunya selepas Piala Dunia memang rentak agak terganggu kerana kami kurang bersedia.

“Kami beraksi dengan baik tetapi babak pertama kami terlalu banyak menguasai bola.

“Kami berjaya memperbaikinya pada babak seterusnya dan mendapat gol. Namun perlu memperbaiki kesilapan kami,” katanya.

Walaupun meraih tiga mata, pasukan bimbingan Joachim Loew itu berada di tangga kedua Kumpulan A selepas Turki mengalahkan Kazakhstan 3-0.

“Penting kami mendapat mata penuh. Kami perlu menempuh 13 bulan aksi kelayakan dan cabaran yang masih besar yang perlu di tempuhi,” ujar ketua pasukan pada perlawanan itu, Philipp Lahm.

Jurulatih Belgium, Georges Leekens tetap bangga dengan pasukannya dan menganggap pasukannya telah berjuang bersungguh-sungguh.

Jerman menurunkan pasukan terkuat di Stade Roi Baudouin tetapi perlu bekerja keras untuk mencapai kemenangan ketika berdepan skuad yang menampilkan skuad muda yang berusia dilingkungan 24 tahun itu.

Belgium turut mempunyai beberapa percubaan tetapi masih gagal melepasi Manuel Neuer.

Belgium akan bertemu Turki di Istanbul manakala Jerman akan melayani kunjungan Azerbaijan di Cologne pada perlawanan kelayakan berikutnya.

VIDEO: Jerman 1-0 Belgium

Tags: , , , , ,

Readers Comments (0)




Join Sokernet.com @ Facebook

Berita Berkaitan

Berita Terkini

Hak Cipta © 2010 Sokernet.com | Portal Bola Sepak Terunggul Di Malaysia.