Home » Posts tagged with » EPL 2010/2011 (Page 5)

\ \ \ \ \

Arsenal catat keputusan dahsyat

ARSENE Wenger mengakui Arsenal mungkin akan mengalami gangguan psikologi selepas mencatat keputusan dahsyat ekoran seri 4-4 dengan Newcastle biarpun mendahului 4-0 pada separuh masa pertama di St James Park kelmarin. Skuad bimbingan Wenger itu menguasai keseluruhan permainan selepas 26 minit beraksi apabila memperoleh dua gol menerusi Robin van Persie, dan satu daripada Theo Walcott serta […]

\ \ \ \ \ \

Liverpool calar penampilan sulung Torres di Chelsea

LIVERPOOL mencalarkan penampilan sulung Fernando Torres di Chelsea yang kuat dicanangkan semalam apabila mereka menang 1-0 di Stamford Bridge sekali gus membantutkan harapan juara bertahan itu menyambar kelebihan daripada kekalahan sulung Manchester United musim ini. Torres yang berpindah dari Anfield ke Chelsea minggu lalu bagi bayaran yang dilaporkan 50 juta pound (RM245 juta), memiliki dua […]

\ \ \ \ \ \

Liverpool aibkan Chelsea di Stamford Bridge

LIVERPOOL menjadi pasukan kedua selepas Sunderland mengaibkan Chelsea di Stamford Bridge selepas menang 1-0 pada saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. Kemenangan itu sekali gus melonjakkan Liverpool di tempat keenam liga dan menghidupkan sisa peluang untuk bersaing pada kejohanan Eropah musim depan selepas terumbamg-ambing musim ini. Kekalahan Chelsea pula menyaksikan usaha menyaingi Manchester United […]

\ \ \ \ \

Torres tidak sabar gempur Liverpool

BINTANG baru Chelsea, Fernando Torres sudah tidak sabar untuk membuat penampilan sulungnya bersama The Blues. Jika tidak menghadapi sebarang masalah, penyerang antarabangsa Sepanyol itu dijangka diturunkan dalam kesebelasan utama Chelsea pada pertemuan menentang Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, malam ini. Pertembungan antara Chelsea dengan Liverpool itu sudah pasti dianggap perlawanan istimewa […]

\ \ \ \ \

Wolves lebur rekod tanpa kalah Man U

WOLVERHAMPTON Wanderers mencipta kejutan apabila menewaskan pendahulu liga, Manchester United 2-1, saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi, sekali gus menamatkan rekod tanpa kalah United musim ini. Manchester United yang bertandang ke Wolves berada di landasan baik untuk mengekalkan rekod bersih mereka apabila memperoleh gol awal menerusi Nani pada minit ketiga tetapi George Elokobi pantas […]

\ \ \ \ \ \

Hatrik Carlos Tevez benam West Brom 3-0

PENYERANG sensasi Manchester City, Carlos Tevez menjaring tiga gol untuk membantu kelab Eastland itu mengatasi West Bromwich Albion 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi. Tevez menjaringkan semua tiga gol pada separuh masa pertama perlawanan untuk memberikan tiga mata buat skuad bimbingan Roberto Mancini selepas pasukan berbelanja besar itu mencicirkan mata dalam aksi menentang […]

\ \ \ \ \

Arsenal sia-siakan kelebihan 4 gol

NEWCASTLE mempamer semangat juang tinggi di babak kedua untuk bangkit menjaringkan empat gol selepas ketinggalan dengan jumlah jaringan sama dalam aksi Liga Perdana Inggeris di St James Park sebentar tadi. Arsenal sepatutnya tidak berdepan masalah untuk memungut mata penuh selepas mendahului tuan rumah 3-0 ketika perlawanan baru berusia 10 minit. Kedudukan makin selesa buat Arsenal […]

\ \ \

Mampukah Fernando Torres berjaya di Chelsea?

SUDAH tiba masanya untuk El-Nino mengubah arah haluannya. Setelah lebih empat musim di Anfield, perpindahannya ke Stamford Bridge wajar diberi pujian kerana dia sememangnya penyerang prolifik. El-Nino sudah membuktikan bahawa dia bukan calang-calang penyerang. Namun dia juga manusia biasa, mengalami masa-masa yang sukar. Walau sesukar mana pun, dia bekerja keras untuk berjaya. Jumlah 81 gol […]

\ \ \ \ \

EPL: Tottenham benam Liverpool 2-1

TOTTENHAM bangkit dengan dua gol pada babak kedua untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas Liverpool di White Hart Lane sebentar tadi. Selepas ketinggalan 0-1 menerusi jaringan Martin Skrtel tiga minit sebelum perlawanan separuh masa pertama tamat, Tottenham hampir merana apabila Jermain Defoe gagal menyempurnakan tendangan penalti untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-60. Namun kehampaan itu […]

\ \ \ \ \

EPL: Cengkaman Chelsea makin kendur

CENGKAMAN Chelsea di persada Liga Perdana Inggeris akhirnya terlerai apabila mereka sekadar mencatat keputusan seri 1-1 pada aksi menentang Newcastle United di Stadium St James Park, sebentar tadi. Chelsea dikejutkan dengan gol awal tuan rumah apabila pada minit ke-6, Andy Carroll menjaringkan gol pembukaan, namun Salomon Kalou menyelamatkan maruah pasukannya daripada terus ditimpa kekalahan apabila […]

\ \ \ \ \

EPL: Manchester United amuk Blackburn 7-1

Pintas Chelsea dan Arsenal naik tangga teratas liga MANCHESTER United melangkah dengan cemerlang pada perlawanan Liga Perdana Inggeris minggu ini setelah mencapai kemenangan besar ketika menentang Blackburn dengan membelasah lawannya 7-1 di Old Trafford lewat malam tadi. Kemenangan itu membolehkan United mendapat tiga mata sekaligus mengumpul 31 mata daripada 15 perlawanan untuk mendahului carta liga […]

\ \ \ \ \

EPL: Arsenal naik tangga teratas selepas benam Aston Villa 4-2

ARSENAL memintas Chelsea untuk mendahului carta Liga Perdana Inggeris selepas mencatat kemenangan bergaya 4-2 ke atas Aston Villa di Villa Park sebentar tadi. Skuad bimbingan Arsene Wenger itu mengutip 29 mata untuk berada di puncak liga buat pertama kali sejak sekian lama walaupun kedudukan berkenaan mungkin tidak kekal lama jika Manchester United berjaya menewaskan Blackburn […]