Home » Archives by category » Global » Sukan Asia (Page 3)

\ \ \ \

Azizulhasni menang emas Keirin Sukan Asia 2010

Josiah Ng raih pingat perak untuk lengkapkan kemenangan 1-2 Malaysia PELUMBA basikal negara, Azizulhasni Awang menang pingat emas acara keirin Sukan Asia 2010 di Velodrom Guangzhou, tengah hari tadi. Lebih manis apabila seorang lagi pelumba negara, Josiah Ng meraih pingat perak untuk melengkapkan kemenangan 1-2 Malaysia dalam acara keirin selepas kecewa dalam acara pecut semalam. […]

\ \ \

Sukan Asia 2010: Cabaran Malaysia berakhir di tangan Iran

Malaysia gagal saingi kehebatan pasukan Iran PASUKAN bola sepak bawah 23 tahun negara menamatkan kempen Sukan Asia di pusingan kedua selepas kalah 1-3 kepada Iran. [LIHAT VIDEO] Gol tunggal Malaysia dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha menerusi tendangan penalti pada minit ke-86. Serangan bertali arus Iran berjaya diserap sepanjang 45 minit babak pertama dengan penjaga gol […]

\ \ \

Sukan Asia 2010: Malaysia pincang berdepan Iran

SKUAD bola sepak kebangsaan hanya mempunyai 15 pemain untuk berdepan Iran pada aksi pusingan kedua Sukan Asia 2010 di Stadium Yuexiu, Guangzhou petang ini. Daripada 20 pemain yang berada dalam skuad, dua pemain iaitu Norhafiz Zamani Misbah dan Ahmad Fakri Saarani telah mengalami kecederaan yang serius ketika menentang Kyrgyzstan pada perlawanan pertama 8 November lalu. […]

\ \ \

Rajagobal saran Ben Williams jalani rawatan perubatan

“Saya tidak pernah lihat pengadil seperti Ben Williams di dunia” JURULATIH bola sepak kebangsaan, K Rajagobal menyuruh pengadil Australia, Ben Williams mendapat bantuan rawatan perubatan selepas pengadil itu melayangkan tiga kad merah kepada pemain negara di Sukan Asia, malam tadi. Malaysia tewas 3-0 kepada China dengan hanya lapan pemain di padang sahaja selepas Mahuli Jasuli […]

\ \

Sukan Asia 2010: Tugas berat lawan Iran pusingan kedua

Skuad Rajagopal makin tempang selepas tiga pemain terima kad merah SATU lagi tugas berat menanti skuad bola sepak bawah 23 tahun kebangsaan susulan kejayaan mara ke pusingan kedua apabila diundi menentang Iran selaku juara Kumpulan B petang esok. Dengan hanya selang dua hari selepas aksi ‘berat sebelah’ menentang pasukan tuan rumah, China malam tadi skuad […]

\ \ \

Sukan Asia 2010: Malaysia tewas angkara pengadil

3 pemain Malaysia terima kad merah, 5 dilayang kad kuning Pemain China langsung tidak menerima sebarang kad MALAYSIA tewas 0-3 kepada China pada perlawanan penuh kontroversi dalam saingan Kumpulan A temasya Sukan Asia 2010 di Stadium Tianhe, Guangzhou malam tadi. Ini kerana pengadil dari Australia, Ben Williams telah melayangkan tiga kad merah kepada Mahali Jasuli, […]

\ \ \

Sukan Asia 2010: Malaysia terima 3 kad merah, tewas kepada China

MALAYSIA layak ke Pusingan Kedua bola sepak Sukan Asia Ke-16 walaupun tewas 0-3 kepada China pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Bolasepak Tianhe, malam tadi. Kemaraan Malaysia itu sekaligus memecah kebuntuan selama 32 tahun untuk beraksi di Pusingan Kedua acara bola sepak Sukan Asia. LIHAT VIDEO KAD MERAH LIHAT VIDEO JARINGAN GOL Walaupun menduduki tempat […]

\

Malaysia mara ke pusingan kedua Sukan Asia 2010

PASUKAN Bola sepak bawah 23 tahun kebangsaan mara ke pusingan kedua acara bola sepak lelaki Sukan Asia 2010 apabila Palestin dan Jordan tewas kepada lawan masing-masing bagi saingan Kumpulan C. Tanpa mengambil kira apa saja keputusan perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang China ketika ini, satu tempat untuk sekurang-kurangnya selaku pasukan tangga ketiga terbaik kumpulan sudah […]

\ \ \

Sukan Asia 2010: Malaysia tewas 0-2 kepada Jepun

MALAYSIA gagal menghadirkan kejutan ke atas Jepun dalam acara bola sepak Sukan Asia 2010 apabila kecundang 2-0 dalam saingan Kumpulan A di Stadium Huadu petang tadi. [LIHAT VIDEO] Jepun berjaya memperoleh jaringan pada setiap babak menerusi Kensuke Nagai dan Hotaru Yamaguchi. Di awal 25 minit permainan, segalanya tampak seimbang ekoran pendekatan corak berhati-hati kedua-dua pasukan. […]

\ \ \

Sukan Asia 2010: Jepun tundukkan tuan rumah 3-0

JEPUN mengungguli saingan Kumpulan A acara bola sepak Sukan Asia 2010 selepas menang selesa 3-0 ke atas tuan rumah, China malam ini. [LIHAT VIDEO] Jepun membuka jaringan menerusi rembatan Ryohei Yamazaki dari dalam kotak penalti pada minit ke-11 sebelum menggandakan kedudukan menerusi jaringan di babak kedua hasil sentuhan Kensuke Nagai pada minit ke-58. Hasrat China […]

\ \

Sukan Asia 2010: Malaysia tewaskan Kyrgyzstan 2-1

Aksi menentang Jepun kayu ukur sebenar Malaysia di Sukan Asia SKUAD bola sepak negara memulakan kempen pada Sukan Asia ke-16 di Guangzhou, China dengan mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A. Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Huadu petang ini, Malaysia menewaskan Kyrgyzstan 2-1. [LIHAT VIDEO] Separuh masa pertama perlawanan boleh dikatakan seimbang […]

Page 3 of 3123