Kelantan membuka langkah kanan dalam perlawanan pembuka tirai saingan Liga Super apabila menewaskan ATM 2-0 menerusi jaringan Mohd Noor Hazrul Mustafa pada minit ke-13 dan Erwin Carrillo minit ke-61.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata, pasukannya itu berjuang sepenuh hati sehingga mampu mencuri tiga mata selepas terpaksa beraksi dengan 10 pemain akibat kecederaan yang dialami Brendan Gan ketika babak kedua.

“Saya kagum dengan sikap dan disiplin yang ditunjukkan pemain sepanjang tempoh berkenaan hingga berjaya mengekang setiap asakan yang datang bertali arus.

“Pemain bermain sebagai satu unit dan saling membantu antara satu sama lain. Semangat itu amat diperlukan dalam saingan selepas ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada perlawanan itu, Mohd. Noor Hazrul Mustafa (minit ke-13) dan Erwin Carrillo (61) menjaringkan gol bagi memastikan Kelantan memulakan kempen Liga Super dengan bergaya.

Video ATM 0-2 Kelantan


Video ATM vs Kelantan [0-2] Malaysia Super League 2015

Leave a Reply