Lions XII membuka kempen Liga Super 2015 dengan langkah kanan hasil kemenangan besar 5-3 ke atas Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Stadium Jalan Besar, Singapura malam ini.
Hadir selaku penyandang juara Liga Perdana, PDRM yang dibimbing jurulatih, Azman Adnan gagal menjelmakan aksi yang diharapkan dan mula dibolosi menerusi pemain kebangsaan Singapura, Gabriel Quak pada minit ke-20.
Ketika PDRM rancak memburu jaringan, pasukan jiran itu menambah gol kedua seminit sebelum permainan babak pertama berakhir dengan jaringan Faris Ramli.
Memasuki babak kedua dengan bekalan dua gol, Lions XII yang dibimbing Fandi Ahmad itu terus rancak memburu gol dan berhasil mendapatkan gol ketiga dua minit permainan bersambung menerusi Izzdin Shafiq.
Pesta gol tuan rumah bermula dengan jaringan keempat menerusi Hafiz Sujad pada minit ke-55 sebelum Sahil Suhaimi melengkapkan jumlah jaringan pada minit ke-66.
Tersentak dengan permainan Lions XII, PDRM berusaha memperbaiki permainan dan berjaya mendapat gol pertama menerusi penyerang import, Dramane Traore pada minit ke-68.
Traore kemudian membuktikan ketajamannya dengan meledak gol kedua PDRM pada minit ke-79 yang memulakan kebangkitan PDRM sebelum meledak hatrik pada minit ke-88.
Begitupun, ia gol terakhir di Jalan Besar dengan keputusan kekal tanpa tambahan jaringan sehingga permainan tamat.
Untuk rekod, PDRM sebelum ini pernah menewaskan Lions XII 2-1 pada perlawanan pemanas badan Piala People di Maldives, minggu lalu.
Video LionsXII 5-3 PDRM
Video LionsXII vs PDRM [5-3] Malaysia Super League 2015
Related posts
- Keputusan Liga Super 5 Ogos 2015
- Pahang kekal momentum, JDT terus mengejar
- Pahang, Terengganu menang bergaya
- JDT Juara Liga Super 2015
- Keputusan Liga Super 1 Ogos 2015