Juara Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) memperkukuhkan statusnya dengan membawa masuk tujuh pemain baharu yang rata-ratanya merupakan pemain kebangsaan bagi menghadapi Liga Malaysia 2015.
Skuad bimbingan Bojan Hodak ini kini mendapat khidmat Gary Steven Robbat, Farizal Marlias, S.Kunanlan, S. Chanturu, Fandi Othman, Mohd Amer Saidin dan Junior Eldstal.
Selain muka baharu, barisan sedia ada turut dikekalkan iaitu Mohd Amri Yahyah, Safee Sali, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mahali Jasuli, Asraruddin Putra Omar, Mohd Fadhli Shas, Daudsu Jamaluddin, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohd Al-Hafiz Hamzah, Safiq Rahim, Shakir Shaari, Jazsarin Jamaluddin, Nazrin Nawi dan Amirul Hadi Zainal.
Keempat-empat pemain import Luciano Figueroa, Jorge Pereyra Diaz,Marcos Antonio dan Harris Harun turut dikekalkan.
Barisan 25 pemain Harimau Selatan diumumkan sempena majlis pelancaran jersi baharu JDT di Johor Baharu malam tadi.
Turut berangkat ke majlis itu Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Pengumuman nama Gary mengenepikan spekulasi yang pemain tengah Harimau Malaya ini akan bermain dengan juara Piala Malaysia musim ini, Pahang selain pasukan negeri kelahirannya, Kedah.
Gary memberitahu pemberita kemudiannya beliau memilih JDT kerana mahu mempertingkatkan dirinya selain menimba pengalaman.
“Ini juga adalah untuk masa depan saya. Saya sudah pilih pasukan ini dan urusan (spekulasi) sudah selesai,” katanya.
- Bernama
Related posts
- Keputusan Liga Super 5 Ogos 2015
- Video Pahang 3-2 JDT Liga Super 2014
- Video JDT vs T-Team [Insiden Menuju Bilik Persalinan] Piala FA 2014
- Pahang kekal momentum, JDT terus mengejar
- Piala FA: T-Team enggan teruskan aksi babak kedua lawan JDT
- JDT 2-0 Pahang MSL 31.1.2015
- Video Pemain T-Team ditumbuk dalam terowong bilik persalinan
- Mampukah JDT merampas kedudukan Pahang malam ini?
- Piala Malaysia: ATM layak, Sime Darby gagal
- PBNJ buat akuan bersumpah terhadap KAFA