Video: Malaysia 3-1 Korea Selatan [Hoki]

Hoki
Piala Sultan Azlan Shah 2011

Malaysia vs Korea Selatan
Match #5

12 Mei 2011
..

Video: Malaysia 3-1 Korea Selatan | Hoki Piala Sultan Azlan Shah

MALAYSIA bangkit pada babak kedua untuk akhirnya melakar kemenangan dramatik 3-1 ke atas Korea Selatan dalam edisi ke-20 Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi di Ipoh, malam tadi.

Kejayaan itu turut menyaksikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berjalan ke seberang padang untuk berjumpa pemain selepas kemenangan mengejutkan itu, sekali gus mengakhiri rentetan empat kekalahan sebelum ini.

Seperti biasa, S Kumar yang turun selaku kapten beraksi cemerlang menjadi wira pasukan apabila menyelamatkan banyak cubaan berbahaya lawan termasuk menyelamatkan penalti pukulan Jang Jong Hyun pada minit kelapan.

Selepas tumpas kepada empat pencabar awal, anak buah Tai Beng Hai tampak menuju satu lagi kekalahan apabila beraksi longlai pada babak pertama dan ketinggalan menerusi jaringan pukulan sudut penalti Nam Hyun Woo pada minit ke-17.

Namun pemain negara bingkas bersemangat untuk menggegar tiga gol menerusi Nabil Fiqri Mohd Noor pada minit ke-43, Faizal Saari (m58) dan Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin (m67).

“Ini adalah persembahan terbaik pemain negara. Corak Korea juga membolehkan pemain beraksi dengan corak biasa mereka. Justeru pergerakan pemain lancar terutama pada babak kedua,” kata Beng Hai.
Pengendali negara itu turut berpuas hati dengan persembahan anak buahnya yang mula menunjukkan ciri-ciri seperti ketika muncul naib juara Sukan Asia Guangzhou 2010, November lalu.

Terdahulu, juara dunia, Australia muncul pasukan pertama mengesahkan tempat ke perlawanan akhir apabila menundukkan Britain 2-1 tetapi juara lima kali termasuk bersama Korea tahun lalu, India tersingkir selepas dibelasah New Zealand 7-3.

Dengan kejayaan semalam, Australia mengutip 13 mata untuk menduduki tangga teratas kejohanan tujuh pasukan itu tanpa mampu digugat pencabar lain.

Perebutan untuk satu lagi tempat ke final Ahad ini akan ditentukan antara Britain atau Pakistan tetapi wakil pemenang emas Guangzhou 2010 itu tampak lebih cerah kerana bertemu Malaysia berbanding Britain yang berhadapan lawan lebih kuat, Korea.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>