Jepun benam China 3-0 mara ke Final Piala Thomas

Pasukan Jepun mara ke final mengetepikan juara bertahan China pada aksi separuh akhir Piala Thomas yang berlangsung di New Delhi, Jumaat.

Jepun mencatat kemenangan pertama melalui pemain utama mereka, Kenichi Tago yang menundukkan Chen Long 21-13, 21-11 dalam tempoh 43 minit.

Mata kedua dipungut oleh pemain beregu Kenichi Hayakawa/Hiroyuki Endo mengetepikan Chao Biao/Hong Wei 22-20, 21-19.

Manakala mata kemenangan diraih menerusi Kento Momota dengan menewaskan Du Pengyu, 23-25, 21-18, 21-14.

Jepun mencatat rekod ke final selepas kali terakhir pada tahun 1967, manakala aksi 2010 layak ke separuh akhir.

Jepun 3-0 China Piala Thomas 2014

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>