Sime Darby vs Perak

“KAMI hampir berjaya mendapatkan tiga mata tetapi terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri.”

Demikian respon spontan pengendali Sime Darby, Ismail Zakaria selepas pasukannya sekadar seri 1-1 ketika menentang Perak pada aksi Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam kelmarin.

Ismail berkata, anak-anak buahnya berjaya beraksi sebagaimana diarahkan sebelum mereka dihukum Perak pada lewat perlawanan.

Video Sime Darby 1-1 Perak

“Beraksi menentang salah satu pasukan hebat dalam Liga Malaysia seperti Perak bukan satu tugas yang mudah.

“Kami berjaya mendahului Perak sebelum kealpaan kami mengundang padah menerusi jaringan penyamaan mereka,” katanya.

Terdahulu, naib juara Piala FA itu berjaya mendahului Perak menerusi jaringan pemain import dari Brazil, Leandro Tiofilo pada minit ke-64.

Begitupun, Sime Darby yang hampir memungut tiga mata penuh terpaksa berputih mata apabila pemain gantian skuad Seladang, Fahrul Razi Kamaruddin menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-89.

Biarpun gagal meraih kemenangan, Ismail memberitahu, beliau tetap gembira dengan persembahan barisan pemainnya pada aksi sulung itu.

“Meskipun kita gagal mendapatkan tiga mata, saya tetap berpuas hati dengan prestasi pemain-pemain saya.

“Mungkin ia merupakan satu permulaan yang baik buat Sime Darby untuk beraksi dengan lebih baik pada perlawanan akan datang,” ujarnya.

Ismail percaya skuadnya akan beraksi dengan lebih baik pada aksi kedua menentang Negeri Sembilan malam esok.

“Bertemu dengan Negeri Sembilan sememangnya satu lagi perlawanan sukar buat kami.

“Mereka tampil sebagai pasukan pilihan dan sudah tentu, mereka pasti akan berusaha untuk mendapatkan tiga mata berharga di hadapan penyokong sendiri.

“Saya harap barisan pemain saya mempelajari kesilapan yang mereka lakukan ketika menentang Perak,” katanya.

Jadual

No more matches scheduled.

Leave a Reply