MASA semakin suntuk, berbaki 22 hari lagi, Harimau Malaya bakal memulakan perlawanan pertama mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki 2012 menentang Singapura.

Dilihat masih lagi mencari barisan pemain terbaik menyarung jersi kebangsaan, sesuatu langkah drastik perlu dilakukan ketua jurulatih negara Datuk K.Rajagobal supaya piala tersebut terus milik Harimau Malaya.

Skuad Harimau Malaya berdepan laluan getir pada Piala AFF Suzuki kali ini apabila diundi bersama naib juara edisi 2010, Indonesia dan juara tiga kali Singapura dalam Kumpulan B.

MASIH MENCARI

Beberapa siri perlawanan persahabatan bertaraf A yang diadakan, keputusan nyata kurang memihak kepada Harimau Malaya apabila tewas kepada Vietnam 0-2 (11 September) seri (2-2) menentang Singapura ditempat lawan sebelum seri dalam aksi timbal balik menentang Filipina.

Hanya kemenangan dalam aksi timbal balik di Shah Alam ke atas Singapura (2-0) dan Hong Kong 3-0 (16 Oktober) memberi sedikit kelegaan kepada peminat setia Harimau Malaya memandangkan saingan kali ini dijangka sengit terutamanya dari Vietnam, Indonesia dan Singapura.

Namun Rajagopal masih belum memuktamadkan senarai dan memilih terus membisu walaupun ramai pihak mengkritik corak pengendaliannya dalam menghadapi kejohanan tersebut.

Tegas Rajagobal, enam perlawanan itu sudah mencukupi baginya untuk menguji kombinasi dan taktikal pemain sebelum mendapat ilham siapakah pemain yang layak berada dalam kesebelasan utama.

“Perlawanan-perlawanan ini saya fi kirkan mampu memberi kesempatan kepada saya melihat mana-mana pemain yang dilihat bersedia dan mencari pelbagai pilihan semasa di atas padang, “katanya.

BUKTIKAN

Walau apa yang berlaku, barisan pemain dipilih menyarung jersi Harimau Malaya nanti seharusnya menunjukkan persembahan berkualti membuktikan pemilihan ke atas dirinya tepat.

Terapkan semangat berpasukan dan bukannya ingin mencari kemasyhuran diri sendiri setiap kali diturunkan beraksi kerana sikap seumpama ini bakal menyebabkan Harimau Malaya pulang awal.

Menjelang perlawanan pembukaan pertama Kumpulan B, menentang Singapura pada 25 November depan diikuti Laos pada 28 November sebelum menentang Indonesia pada 1 Disember sememangnya dinantikan peminat Harimau Malaya…Ayuh Harimau Malaya teruslah mengaum…

SENARAI 24 PEMAIN UNTUK AKSI MENENTANG VIETNAM DAN THAILAND

1. Khairul Fahmi Che Mat
2. Farizal Marlias
3. Aidil Zafuan
4. Fadhli Shas
5. Amiridzwan Taj Tajuddin
6. Faizal Muhammad
7. Azmi Muslim
8. Mahali Jasuli
9. Bunyamin Omar
10. Zubir Azmi
11. Shakir Shaari
12. Amar Rohidan
13. Gary Steven Robbat
14. Safiq Rahim
15. Wan Zack Haikal Wan Nor
16. S.Kunanlan
17. R.Gopinathan
18. Azamuddin Akil
19. Baddrol Bakhtiar
20. Fakri Saarani
21. Khyrill Muhymeen
22. Safee Sali
23. Norshahrul Idlan Talaha
24. Zaquan Adha

OPSYEN PERTAMA

PENJAGA GOL
Masih disandarkan harapan kepada penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang membantu The Red Warriors menjuarai Piala FA, Piala Liga Super dan Piala Malaysia sekali gus gelaran trebel pertama pasukan Negeri Cik Siti Wan Kembang berkenaan.

PERTAHANAN
Rajagopal mungkin menggunakan kombinasi pemain Harimau Malaya dan Harimau Muda, dengan mempertaruhkan dua jentera Harimau Muda A, Mohd Fadhli Mohd Shas dan Mahalli Jasuli serta Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak dan Mohd Azmi Muslim (ATM).

TENGAH
Nadi paling penting mengerakkan jentera tengah Harimau Malaya bakal diisi dua pemain sayap lincah iaitu pemain Negeri Sembilan, S Kunalan (Negeri Sembilan) dan Gary Steven Robbat (Harimau Muda A) dibantu pakar sepakan percuma, Safiq Rahim (Selangor) diperkuatkan kelibat pemain Kedah, Amar Rohidan.

PENYERANG
Jentera peledak pula tentunya disandarkan kepada pengalaman penyerang Pelita Jaya, Mohd Safee Mohd Sali dan Pemain Terbaik Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012, Norshahrul Idlan Talaha.

BIARPUN senarai pemain yang bakal menyarung jersi kebangsaan untuk misi penting masih belum diketahui sehingga skuad kebangsaan mengharungi tiga lagi perlawanan persahabatan antarabangsa A awal bulan depan menentang Vietnam di Hanoi (hari ini ) dan Thailand di Chiang Mai (7 November) serta Hong Kong di Shah Alam (14 November).

Namun, berdasarkan beberapa keputusan perlawanan persahabatan sebelum ini pengendali berusia 56 tahun itu dijangka bakal meletakan harapan kepada gandingan pemain Harimau Malaya dan Harimau Muda untuk mengisi kesebelasan utama skuad kebangsaan.

OPSYEN KEDUA

PENJAGA GOL
Namun begitu, bekas pemain tengah sekitar tahun 80-an itu masih mempunyai pilihan untuk kesebelasan barisan kedua dengan menggunakan formasi 4-3-3 dengan mempertaruhkan penjaga gol Negeri Sembilan, Mohd Farizal Marlias mengemudi benteng terakhir negara.

PERTAHANAN
Menggunakan khidmat pertahanan Terengganu, Muhammad Zubir Mohd Azmi yang digandingkan bersama dua pemain ATM, Irwan Fadzli Idrus dan Amiridzwan Taj Tajudin dibantu Mohamad Aidil memantapkan kubu Harimau Malaya.

TENGAH
Sandaran kepada sayap pemain Felda United, Yong Kuong Yong yang dibantu Gary Steven Robbat dan Wan Zack Haikal Wan Nor (Harimau Muda A) diketuai Safi q Rahim.

PENYERANG
Manakala penyerang Pahang, Azamuddin Mohd Akil atau Alex berkemungkinan digandingkan dengan pemain Kedah, Mohd Khyril Muhymeen Zambri untuk menggempur kubu lawan.




Related posts

coded by nessus

2 Responses to “Masa makin suntuk buat Rajagobal”

  1. bola says:

    dlm liga M…plyer tengah paling berpengaruh dr pasukan mane…xpe la, kalah mujur menang belum tau

  2. redwarrior says:

    Lantak kau lah Gubal, kau yang jadi Chief Coach. Cuma jangan sombong sangat.. Andai kau gagal walau sedikit, ramai benar peminat yang bersedia untuk menerkam dan menyiat-nyiat reputasimu (oh, aku baru mendapat khabar Badri Radzi @ Piya yang kau fikir tidak layak mewakili Malaysia telah dinobatkan Pemain Tengah Terbaik Asia)

Leave a Reply