KETUMPULAN jentera serangan sekali lagi menjadi punca kekalahan skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal yang tewas 1-0 kepada Vietnam pada perlawanan persahabatan di Stadium My Dinh, Hanoi kelmarin.
“Kami mempunyai beberapa peluang yang boleh disempurnakan tetapi gagal memastikan bola masuk ke dalam gawang,” kata Rajagobal.
“Kami memberi tekanan kepada pertahanan Vietnam dengan baik terutama menerusi sepakan sudut, tetapi tidak cukup untuk menghasilkan gol.
Harimau belum sedia
“Walaupun ketinggalan, kami masih mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan tetapi banyak peluang kami dinafikan benteng pertahanan tuan rumah.”
Ini adalah kekalahan kedua Malaysia kepada Vietnam tahun ini, selepas kekalahan 2-0 di Stadium Shah Alam pada 11 September lalu. Vietnam bagaimanapun terpaksa menanti hingga minit ke-74 untuk memecah kebuntuan menerusi Nguyen Trong Hoang.
Rajagobal yang sudah mempunyai bayangan skuad terakhir 22 pemain ke Piala AFF Suzuki masih mempunyai baki dua perlawanan persahabatan - di Chiang Mai bertemu Thailand Rabu ini diikuti Hong Kong di Kuala Lumpur seminggu kemudian - untuk menyenaraikan gandingan terbaiknya.
Bunyamin gelisah
Walaupun Rajagobal tampak masih yakin dengan kemampuan skuadnya dalam kempen mempertahankan Piala AFF Suzuki tahun ini, pemain tengah Bunyamin Umar merasakan skuad kebangsaan masih belum bersedia dan perlu bekerja keras.
“Kita belum cukup bersedia dan perlu bekerja keras,” kata Bunyamin yang gembira dapat menyarung jersi kebangsaan tahun ini selepas terlepas peluang dua tahun lalu akibat kecederaan.
Related posts
- Skuad Rajagobal perlu bangkit
- Malaysia belum temui tonik mujarab kalahkan Vietnam
- Persahabatan: Malaysia tewas 0-1 kepada Vietnam
- Jadual Piala AFF Suzuki 2012
- Masa makin suntuk buat Rajagobal
- Info Pasukan Piala AFF Suzuki 2012
- Carta Piala AFF Suzuki 2012
- Keputusan Piala AFF 25 November 2012
- Keputusan Malaysia vs Bangladesh [Friendly] 20.11.2012
- Keputusan Piala AFF 27 November 2012