Piala Malaysia 2011: Kumpulan D
- SELANGOR
TAHUN lalu, Selangor turun selaku pasukan pilihan namun terkandas di suku akhir apabila tumbang di tangan sang juara, Kelantan.
Sebagai pasukan paling berjaya dalam Piala Malaysia, sudah pasti Selangor yang menghuni tangga ketiga Liga Super tahun ini, tidak akan berdiam diri untuk merampas kembali takhta ‘Raja’ dari genggaman The Red Warriors.
- T-TEAM
PERSATUAN Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu T-Team atau T-Team yang diasaskan pada 2007, merupakan juara bagi saingan Piala FAM musim 2007/08 mengatasi Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Walaupun masih belum pernah menjuarai Piala Malaysia, namun pasukan yang ditubuhkan melalui Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu ini tidak gentar diundi berada dalam satu kumpulan bersama pasukan berstatus gergasi seperti Selangor pada kempen Piala Malaysia.
Seperti pasukan-pasukan lain, T-Team turut menyasarkan untuk membawa pulang Piala Malaysia tahun ini walaupun penjaga gol utama, Shamsuri Mustafa terpaksa berehat lama akibat pembedahan lutut.
- KUALA LUMPUR
PADA aksi Piala Malaysia tahun lalu, Kuala Lumpur agak malang apabila tewas semua perlawanan pusingan pertama dan kedua.
Dalam saingan Liga Super pula, KL beraksi hambar namun skuad kendalian Razip Ismail agak baik kerana tidak terjerumus ke Liga Perdana musim depan apabila sekadar mencatat enam kemenangan, lapan seri dan 12 kekalahan untuk menghuni tangga ke-12 liga.
Pentas Piala Malaysia adalah medan terbaik buat anak buah Razip Ismail untuk menebus kekecewaan.
- PDRM
PDRM layak beraksi di Piala Malaysia musim ini selepas menamatkan kempen Liga Perdana di tangga ketiga.
Rekod baik PDRM (12 menang, 3 seri dan 7 kalah) dalam saingan liga menjadi bekalan moral pasukan itu untuk melakukan kejutan dalam kempen kali ini.
August 7, 2011 - 1:07 pm
selangor xle hebat sngat biasa2 je..aku harap t.team juara kumpulan D.. n KL n.juara.. selangor… tgok je psukan hebat main.
Pingback: Jadual Piala Malaysia 2011 - Berita Liga Malaysia