Piala Malaysia 2011: Kumpulan C

  • KELANTAN

“THE Red Warriors” berjaya menamatkan kemarau selama 55 tahun apabila buat julung kali bergelar juara Piala Malaysia setelah menewaskan Negeri Sembilan 2–1, tahun lalu.

Malah kemenangan itu membalas kekalahan Kelantan kepada Negeri Sembilan pada final Piala Malaysia 2009.

Kini, Kelantan dikatakan sedang berusaha mendapatkan khidmat penyerang Pahang bagi memperkemaskan pasukannya menjelang saingan Piala Malaysia musim ini tanpa kehadiran sementara Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Izuan Solahuddin yang mengikuti latihan bersama skuad Olimpik 2012 di Slovakia.

  • JOHOR FC

PRESTASI Johor FC dalam aksi Piala Malaysia 2010 agak baik apabila melangkah ke separuh akhir namun harapan ke pentas akhir musnah apabila ditewaskan Negeri Sembilan dengan agregat 2-1.

Saingan kali ini mungkin sukar buat pasukan dari selatan tanah air itu memandangkan banyak skuad yang boleh dikatakan kebal seperti Kelantan, Terengganu dan Selangor.

  • FELDA UNITED

TURUN selaku pasukan berstatus kelab, Felda United melangkah ke medan pertempuran buat kali kedua dan pastinya kehadiran mereka harus diberi perhatian oleh pasukan lain.

Julung kali menyertai Piala Malaysia tahun lalu, Felda tidak bernasib baik dan hanya sempat beraksi di peringkat kumpulan.

Di saingan Liga Super musim ini, anak buah E Elavarasan menghuni tangga ke-10 liga dengan merekodkan tujuh kemenangan, tujuh seri dan 12 kekalahan.

  • SARAWAK

BUJANG Senang kembali memeriahkan saingan Piala Malaysia musim ini.

Skuad kendalian Robert Alberts itu dilihat mampu melakar kejutan berdasarkan prestasi ditunjukkan dalam kempen Liga Perdana.

Bekas naib juara Piala Malaysia edisi 2000 itu menamatkan kempen Liga Perdana di tangga kedua dengan mencatatkan rekod 15 kemenangan dalam 22 perlawanan.

Tahun lalu, Bujang Senang tidak beraksi di Piala Malaysia.

p5rn7vb

2 Responses to Piala Malaysia 2011: Kumpulan C

  1. kelantan sang juara..2011

    selangor tgok jeeee laaa..

  2. Pingback: Jadual Piala Malaysia 2011 - Berita Liga Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>