Peter Butler dapat sokongan MB Terengganu
MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memberi sepenuh kepercayaan kepada Peter Butler untuk membimbing skuad Penyu.
Beliau percaya jurulatih dari England itu mampu membawa perubahan serta nafas baru walaupun pasukan Terengganu kini sedang menghadapi masalah.
Mengenai kedudukan Ahmad Sharbinee Allawee Ramli, Ahmad Said berkata penjaga gol Terengganu itu mungkin tidak diturunkan pada perlawanan seterusnya berikutan sikapnya yang tidak berdisiplin.
“Saya pasti Butler mempunyai alasan tertentu berbuat demikian dan sebagai pemain, Sharbinee dan kesemua pemain skuad Terengganu perlu berdisiplin dan berintegriti tinggi bukannya melakukan perkara memalukan,” katanya.
Sharbinee dikatakan menjadi sasaran kemarahan Butler selepas penjaga gol itu melepaskan gol mudah ketika Terengganu seri 1-1 menentang Kedah pada perlawanan Piala Malaysia di laman sendiri, dua hari lepas.
Insiden itu menimbulkan kemarahan jurulatih dari England itu apabila bekas penjaga gol kebangsaan itu menunjukkan sikap protes dengan membaling bekas minuman ke arah Butler sebaik dikeluarkan untuk digantikan dengan penjaga gol kedua, Md Sharmiza Yusof.
Ahmad turut memberi amaran untuk mencari pemain baru bagi menggantikan pemain sedia ada jika mereka tidak mengubah sikap.
“Pertukaran pemain adalah perkara biasa dalam perlawanan. Mesti ada sebab tertentu ketua jurulatih (Butler) berbuat demikian (menggantikan Sharbinee dengan penjaga gol simpanan),” katanya.
Ahmad berkata kerajaan negeri tidak keberatan menaikkan gaji jika diminta kerana ia bagi mengiktiraf pemain yang berdisiplin dan berintegriti.
- Bernama
September 4, 2012 - 5:50 pm
yes..saya skong abg mat id 100..kesokongan MBT tu adalah tepat.memalukan je.gantung atau buang je.jasa pada peminat xdak di hargai pun.
September 4, 2012 - 6:15 pm
kita sokong pjb tengok guane. kalu tahun depan berat jugok, adalh tempat hok kita nok salahkan iaitu pjb.
September 5, 2012 - 9:44 am
Oooo padan buang jah la Sahrbinee. Baso darat main liga kapung buleh la.
September 5, 2012 - 9:57 am
ambe sokong Ahmad Said bersikap tidak memilih bulu, napok gaye tindakan MB ni directly menidakkan peranan DCMT selaku ketua PBSNT yang masih dok sedor diri.
Walaupun piala M’sia sep kita kecundang tapi hikmahnya dapat bersedia lebih awal untuk Liga Super 2013 di bawoh kendalian P.Butler.
Tapi kite kene paham gok,Irfan Bakti dulu nok naikkan Ganu pon makan masa dua musim Liga Super. Kalu nok terus power kena ikut style ATM/M.City..
September 16, 2012 - 12:50 am
Ganu byk pitih tak mcm kelantan miskin,buleh jah wat mcm ATM tu..tp pngurusan kena betul dlu,kalu tak sapa bilo gini..naik trun,naik trun..
September 22, 2012 - 11:39 am
sejak bilo kelate miskin pulok
September 27, 2012 - 3:14 pm
sejak gas didarat kan di terengganu..
dan royalti tidak diberi pada rakyat kelantan..
ROYALTI…
September 28, 2012 - 11:18 am
Ganu kayo ado highway kelantan takdop
October 3, 2012 - 4:18 pm
org cakap pasal bola la bodoh..
bukan pasal kayo miskin..
menatang bodoh..
September 5, 2012 - 11:55 am
aku dok paham sunggoh set2 tranung ni.. wat mari coach hebat dari langit pun bodo gini jugok.. player bajet star terutama natang sarbinee org kg aku.. smbong nok mapuh.. koya.. aku mmg gat sapa mati time msia lwn sgapore gn trg lwn n9 final piala msia.. banyok mane lg la gol bodo ye nok lepah.. abe mat said leh save bola gitu.. gaji banyok doh mat said bayor.. nk banyok mane lg pitih wehhh…
September 6, 2012 - 2:50 pm
MB tganu diperbodohkan oleh P.Butler. utk melindungi kelemahan beliau mengendalikan skuad tganu… ramai jd kambing hitam… kesian …
September 21, 2012 - 11:36 pm
ikut demo lah nok baloh ko nok gapo..hok penting team kawe dok bodo supo team demo..gomo kelate gomo..we are the red warriors.
September 27, 2012 - 10:54 am
Pecat Ce Mat tu. Buat punoh tem