Pahang sekat hajat Selangor, Sarawak hampakan T-Team

Selangor vs Pahang Selangor vs Pahang T-Team vs Sarawak T-Team vs Sarawak

SAINGAN Kumpulan D Piala Malaysia 2012 malam tadi menyaksikan keempat-empat pasukan terpaksa berpuashati dengan satu mata selepas perlawanan berakhir dengan keputusan seri.

Di Stadium Shah Alam, Pahang mengikat Selangor 2-2 manakala Sarawak dan T-Team terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan di Kuala Terengganu.

Perlawanan di Shah Alam menyaksikan Pahang mendahului perlawanan pada minit ke-14 melalui jaringan Maycon dan dua minit kemudian, Safiq Rahim menyamakan kedudukan buat Selangor.

Bagaimanapun Pahang sekali lagi di depan apabila Fauzi Roslan menjaringkan gol kedua Pahang pada minit ke-24.

Namun Selangor bangkit di babak kedua apabila Bosko Balaban menyamakan kedudukan pada minit ke-64 untuk memberikan satu mata kepada kedua-dua pasukan.

T-Team pula gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Sarawak.

Pada perlawanan pertama, T-Team tewas 2-3 kepada Pahang. Sementara Sarawak menang 2-1 ke atas Selangor.

19 Responses to Pahang sekat hajat Selangor, Sarawak hampakan T-Team

  1. Afrinooooor kajang

    Perhhhh…sib baik aku tak pi stadium mlm td!! bikin malu anak watan daaa.. itu cikai punya team pun xleh makan!! kasi tukar itu Irfan Bakti! aku benci mamat ni

  2. Rozaimi……tak ada hasil…….awal-awal lagi sain kontrak di Kuantan. SUKMA belum tamat, takut pasukan lain sambar. Tamak sangat tu….

  3. afrinoooorr sungai kantan

    wei afrinoorr kajang
    Cakap jgn sebarang cakap, sedap sedap mulut bapak ko je kata team pahang cikai
    Ko lah yg cikai kalau pandai sangat pergi ganti irfan bakti tu, biar ko sendiri yang manage team selangor…
    Caakap macam orang bodoh takde akal

  4. yup betol tu …bodoh xder akal pnya org…
    perasan team slgor power la tuh..

    klaw lu ingat team phg cikai maknanya slngor lg cikai la psal ngan phg pon xleh menang…
    hahahahahaa….

  5. Afrinooooor kajang

    terima la kenyataan team Pahang mmg cikai bro, dapat main super league pun sebab menang tipis ngan kedah..tu pun penalti!! terus terang next season pahang ranking bawah liga lagi…erkk..pendek kata main premier league lagi..

    • yaaa betul sekali saya sokong pendapat anda pahang memang CIKAI

      • selangor nak tunggu telor amri menetas baru boleh menang gaknyeee….ngan sarawak yg turun divisyen pun kalah..phuii..selangor lagi cikai dari pahang….

        • Afrinooooor kajang

          apo ke bahlol engko ni, ko hingat amri tu itik kot boleh bertelor, kat sini jangan la serang peribadi someone, nak kutuk pun kutuk je secara terbuka! tuhan marah bai ngumpat peribadi orang.. kalo compare geme malam tu selangor main berquality dari pahang, cuma nasib jerk! aku sokong team selangor tp aku tak suke coach yg sekarang!

          • ko tu yg bahlol bro..sapa yg start kutuk dulu..nk sokong tu sokong je la..x yah ler nk kutuk team lain..ini ler jadik nya bila budget team slngor power tp hakikatnya…hahaha…trima je la kenyataan slngor x power mana nya pon…kakakakaka…

          • ha.ha.ha…memang amri tu bukan jenis itik bertelor tapi dia suka main telor(Telur mat ghadar pon dia tibai…hampehh…)
            Kalau ko tak suka coach sekarang suruh je tok Midin tu jadi coach sendiri, Amacam…baru la dapat rasa liga FAM pulak hu.hu.hu….kantoi bro..akuila..yang selangor lagi cikai dari pahang dan sarawak…nak buru misi ke-33 konon..Phuiiii…

          • Afrinooooor Kajang kate team Pahang cikai, kenapa Selangor mampu ditewaskan oleh Sarawak 2-1, dan Pahang pula mampu menewaskan Sarawak 6-0..adat permainan la, taktikal yang penting dan kerjasama sepasukan,jangan hanya pandai mengkritik pasukan sahaja.

        • “selangor nak tunggu telor amri menetas”..udin bagi perumpamaan seperti “tunggu bulan jatuh ke riba”..

          Afrinoooor kajang,sila jangan tunjuk kan ke”bahlol”an anda..aku gelak tengok komen ko ni…hahahaha

      • kalau pahang cikai maknanya selangok lg ler CIKAINYA psal seri jek…ngan sarawak kalah plak tu…hakhak…selangor=team budget power…hakikatnya HAMPEHHHHHHH!!!!!!

  6. Afrinooooor kajang

    takpe la sedara semua…kita tengok game mlm nnt, tobat weii selangor menang bosar punye!! kepada penyokong selangor yang bertandan ke terengganu malam ni, jaga tingkah laku anda semua,jaga maruah orang selangor.. jadi jadik macam penyokong pahang yang ala2 kampongg!!

    • aku rasa seri ….5-5… =)

    • ha.ha.ha…ambik ko arif nooooorrrrrrr…semalam terbukti team selangor 1000x lebih CIKAI dari pahang…menang ngan T team pun dapat penalty subsidi last minit..nak buru misi 33 kunuuun ..Phuiii…Team pahang the best!!

    • mana afrinooor ni…senyap jew…kakaakaa…
      aritu ckp phg mng playoff ngan kedah sbb penalti jek..
      so semlm slgor mng sbb panalti gak kan…wahaahaa..
      tu la sapa suruh mulut cam longkang..kan dh kena balik..wahahaha..

      menang besar konon…last2 pahang gak menang besar..yahooooo….

  7. Pasukan Pahang telah membuktikan kemampuan apabila membelasah pasukan Sarawak 6-0 :D
    semoga pasukan Pahang dapat melangkah ke pusingan suku akhir untuk perlawanan pusingan kedua peringkat kumpulan D nanti..huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>