Pahang jumpa Kelantan di Final Piala Malaysia
Keputusan: Sarawak 1-1 Pahang (Pahang menang agregat 4-2)
Pahang layak ke final Piala Malaysia 2013 dengan kemenangan agregat 4-2 ke atas Sarawak selepas perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Negeri di sini, Sabtu malam.
Pada perlawanan di sini, kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan seri 1-1.
Bobby Gonzale membuka jaringan untuk Sarawak pada minit ke-32 manakala Pahang menyamakan kedudukan pada minit ke-74 menerusi jaringan Fauzi Roslan.
Pada separuh akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan, 19 Okt lepas, Pahang mengalahkan Sarawak 3-1.
Pahang akan menentang juara bertahan Kelantan pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, 3 Nov ini.
- BERNAMA
October 28, 2013 - 5:26 pm
THIS PANTAI………..TIMUR!!!!………PANTAI BARAT DAN SELANTAN TANAH AIR……JANGAN MARAH!!!!!
October 28, 2013 - 6:32 pm
Tahniah,kami tak marah pun.rezeki masing2.Jagan lupa diri sudah,nanti mudarat pulak.