Ego, maruah dan drama
Kelantan 6-1 Johor DT Piala Malaysia 2013
Kelantan tebus kekalahan 2-4 di Larkin
PERTEMBUNGAN suku akhir kedua Piala Malaysia antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin menyaksikan The Red Warriors mempamerkan kebangkitan luar biasa apabila melanyak Harimau Selatan 6-1.
Kemenangan besar itu menyaksikan Kelantan mara ke saingan separuh akhir menerusi agregat 8-5 meskipun tumbang 2-4 di tangan Johor DT pada aksi suku akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin minggu lalu.
Mengimbas semula aksi malam kelmarin, bahang kehangatan pertemuan timbal balik melibatkan kedua-dua pasukan itu rancak diperkatakan di laman-laman sosial mahupun laporan akhbar sebaik sahaja tamat aksi suku akhir pertama tempoh hari.
Kehangatan perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan dapat dilihat apabila tiket perlawanan sebanyak 18,000 keping yang dijual, habis dalam tempoh dua jam selepas kaunter jualan di Stadium Sultan Muhammad IV mula dibuka seawal pukul 9.30 pagi kelmarin.
Peminat tegar Kelantan yang hadir dari segenap pelosok negeri mula memenuhi stadium keramat mereka seawal pukul 5 petang bagi menzahirkan sokongan padu kepada The Red Warriors yang akan menentang Harimau Selatan dalam misi hidup mati untuk mara ke pusingan separuh akhir.
Video Kelantan 6-1 Johor DT | Piala Malaysia 2013
Sebaik sahaja wisel sepak mula dibunyikan, ‘pemain ke-12′ Kelantan mula memberikan sokongan padu dengan laungan keramat mereka - Gomo Kelate Gomo untuk membangkitkan semangat kepada The Red Warriors.
Sorakan ‘pemain ke-12′ The Red Warriors terus bergemuruh selepas pemain sayap, Mohd. Norfarhan Mohamad meledak jaringan pembukaan pada minit ke-18 diikuti jaringan kapten, Mohd. Badhri Radzi dan Obinna Nwaneri, masing-masing pada minit ke-33 dan 46.
Johor DT yang cuba bangkit menerusi jaringan Safee Sali pada minit ke-42 dilihat gagal untuk terus memberi tekanan kepada Kelantan.
Ketika jentera serangan Kelantan yang diketuai Dickson Nwakaeme dilihat semakin ‘menggila’ dengan asakan bertali arus ke kubu lawan, penggempur Johor DT pula dilihat kurang bermaya untuk menyaingi ketajaman penyudah tuan rumah meskipun Harimau Selatan dikemudi oleh dua tonggak Harimau Malaya - Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo dan Safee.
Harapan menggunung Johor DT yang disandarkan di bahu Mat Yo untuk merobek gawang Kelantan dilihat memberikan sedikit tekanan kepada bekas bintang Kelantan itu, ditambah pula dengan kekentalan Nwaneri mematahkan setiap asakan Harimau Selatan.
Mat Yo dilihat lebih tertekan apabila setiap kali mendapat bola selain turut di ‘boo’ oleh ribuan penyokong Kelantan.
Situasi itu ternyata memberikan tekanan tinggi terhadap Mat Yo yang gagal mempamerkan ketajaman penyudah sebagaimana ditonjolkan pada aksi suku akhir pertama lalu.
Sikap kurang sopan penyerang import Johor DT, Leonal Nunez yang menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong Kelantan turut mewarnai pertembungan kedua-dua pasukan.
Sikap biadap itu perlu dihindari kerana ia boleh mencemarkan imej Nunez dan sukan bola sepak tanah air.
Aksi Nwakaeme dan Obinna Nwaneri menghiburkan penyokong
Begitu juga dengan sikap Nwaneri dan Nwakaeme yang kurang profesional ketika Kelantan semakin selesa mendahului Johor DT pada penghujung perlawanan juga menjadi bualan peminat.
Namun, pujian harus diberikan kepada penyokong Kelantan mahupun Johor DT yang tidak mencetuskan sebarang insiden panas sepanjang perlawanan berlangsung mahupun ketika aksi sudah berakhir.
Bagi Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (kelate.net) semangat juang tinggi yang dijelmakan oleh seluruh penyokong Kelantan wajar diberikan pujian kerana mempamerkan mutu sokongan yang tinggi.
“Semangat tersebut perlu diteruskan pada perlawanan akan datang seterusnya menyangkal dakwaan penyokong Kelantan ganas atau sering mencetuskan bibit-bibit pergaduhan,” kata Timbalan Presiden kelate. net, Mahizi Mahmood semalam.
- Kosmo
October 7, 2013 - 3:43 pm
kesian JDT
October 8, 2013 - 9:04 am
I suggest beli aje team red-warrior sekali dengan bojan hodak. habis cerita.
October 8, 2013 - 4:17 pm
kalau ada duit lebih beli Manchester United sekali… buat team simpanan.
October 8, 2013 - 10:51 pm
Ada ura2 mengatakan tmj nk beli semua pemain kelantan termasuk pemain simpanan sekali. Bukan itu saja, bangku simpanan yang dalam stadium kota bharu pun dia nak borong.
October 9, 2013 - 8:24 am
Masa akan datang buleh jadi kenyataan. Kalau tak silap orang Malaysia dah pun beli 2 team dari UK nu dgn bangku2 sekali. In the future, pasukan negeri mungkin dimiliki oleh chief dari negeri lain…contoh red-warrior TMJ punya, Selangor orang kaya brunei punya…barulah mewah sket player. Penyokong tak kisah…sapa bos, janji brand sama,
October 9, 2013 - 8:38 am
Ya ke dgn bangku pun dia nk borong. Bangku tempat duduk pemain ssmiv tu tak selesa langsung. Best yg kt stadium larkin lg rasanya. Hrp tahun dpn, ada penaja yg sudi taja bangku pemain. Letak seat recaro, baru kelasss
October 9, 2013 - 10:24 am
Aku bukan nak hina la. Time tgk tv hari tu tgk kerusi player kat kb, mcm kantin sekolah punya ja. Improve la sket lain tahun.Haha
October 24, 2013 - 11:28 am
kalau bangku player guna ricaro
tapi main macam cikaro buat apa…
October 24, 2013 - 1:22 pm
main macam cikaro pun,team lawan sentiasa berasak2 nak tengok utk tewaskan cikaro…haha apa daaa nak tewaskan team cikaro pun berebut2 nak tgk..kalau berebut tgk nak tewaskan bayern ke as roma ke takpe la jgk..tak payah tgk pun tak pe tggu berita result je..amacam?dah kono?
October 24, 2013 - 1:24 pm
Sebab team lawan ghairah dengan cikaro, barang baekkkk…Jakun kot tak pnh jupe cikaro…hoho
October 8, 2013 - 1:56 pm
Semangat & persefahaman tu penting..itulah resipi rahsia team TRW,taktikal mlm itu xdisangka2..sudah rezeki apa nak dikata..w/pun 1st legs kalah 2-4..
October 8, 2013 - 9:21 pm
PADAM………..MUKA……….JDT!!!
October 9, 2013 - 8:35 am
BAK KATA PENYANYI WARIS…
Kito monang kito monang(kito monang yo)
Empet duo kocik bona
Onam satu sonyum lebar
TO JDT - TAHUN DOPAN ADO LAIE…
LEBARKAN SENYUMMU
October 24, 2013 - 8:21 am
Pak Nan…..harapkan kerusi ja…cantik,tapi main bola kena titik….Puas hati gua….DEMDAM DAH TERBALAS…….PUASNYA HATI MENANG DENGAN TEAM PENCURI STAR!!!!!
October 24, 2013 - 1:28 pm
Biar merana asal bergaya….baru kes satu player nak riuh sepanjang zaman….player tmpt lain berabad dengan rasuah isap,dadah sampi ada kena gantung but tak rasa malu lak?apa la bau najis sendiri tutup hidung…benda seketul baru sekali dok bertalu bahankan…apa punya melayu la lu orang…tak terfikir lak ke cuba kalau terjadi pada team sendiri plk apa rasa?bodoh punya ada melayu ni dok tahu hukum je kerja…
October 24, 2013 - 1:33 pm
Entahla kau ni bodoh la bila asyik tengok ayat kau.Ingt orang tak kenal kau apa.Ramai dalam sokernet dah kenal id kau.Kalau kau orang perak,raja rasuah,kalau kau orang kelantan,raja perang@dadah. Sedar diri ke tak?Macam team kau perfect sangat ke?
October 24, 2013 - 1:34 pm
Ini orang bukan Melayu,,Ni orang india ni,atau pun sulu yang dok tembak orang bank tu.