Tewas 2-3 kepada Taiwan, Malaysia mara pusingan kedua

Kelayakan Piala Dunia 2014MALAYSIA layak ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Zon Asia walaupun tewas 2-3 kepada Taiwan dalam perlawanan kedua di Stadium Perbandaran Taipeh malam tadi.

Sekalipun tumpas 2-3 kepada Taiwan, namun, berdasarkan kiraan gol di tempat lawan skuad kebangsaan yang terikat agregat 4-4 membolehkan mereka layak ke saingan seterusnya untuk bertemu pasukan jiran, Singapura di pusingan kedua Pra Kelayakan Piala Dunia 2014 hujung bulan ini.

Perlawanan timbal balik pertama dijadualkan berlangsung pada 23 Julai di Stadium Jalan Besar sebelum Malaysia menjadi tuan rumah di Stadium Nasional Bukit Jalil pada perlawanan kedua pada 28 Julai.

Dalam aksi penuh kontroversi di Taipei, Pengadil dari Vietnam memberikan tiga sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah, penalti yang ketiga dalam ulang tayang menunjukkan terdapat hubungan yang minimum antara penjaga gol Sharbinee Allawee dengan pemain Taiwan.

Taiwan mempunyai peluang awal untuk berada di depan selepas Xavier Chen gagal menyambar hantaran bahagian kiri padang pada minit kedua.

Malaysia mendahului pada minit ke-7 apabila Aidil Zafuan Abdul Razak menyepak masuk tendangan percuma dari jarak 30 meter sekaligs penjaga gol Taiwan tertewas.

Pada minit ke-30, Malaysia mempunyai peluang keemasan untuk menjadi kedudukan 2-0 tetapi Amirulhadi Zainal yang menghantar bola ke kawasan penalti disudahi melepasi palang gol oleh Norshahrul Idlan Talaha.

Taiwan menyamakan kedudukan pada minit ke-32 selepas pertahanan negara gagal mengeluarkan bola membolehkan Xavier Chen mencatatkan jaringan.

Malaysia berada di depan pada minit ke-38 melalui tendangan percuma oleh kapten, Syafiq Rahim untuk meletakkan Malaysia mendahului 2-1.

Dengan dua minit sahaja permainan yang tinggal, Mahali Jasuli mengasari pemain lawan di kotak penalti yang membolehkan sepakan penalti diberi.

Meskipun penjaga gol Malaysia, Sharbinee Allawee berjaya menggapai sedikit bola, ia tidak berjaya menghalang bola itu daripada memasuki gol.

Pada minit ke-60, Taiwan mendapat penalti kedua apabila Fadhli Shas didapati menarik baju pihak lawan, tetapi Sharbinee cemerlang menepis sepakan tersebut untuk membiarkan kedudukan 2-2.

Taiwan yang mendapat sepakan penalti ketiga selepas Sharbinee dikatakan mengasari pemain lawan di kotak penalti tetapi ulang tayang menunjukkan bahawa pergeseran hanya berlaku sedikit sahaja dan tidak sepatutnya diberikan sepakan penalti.

Pemain yang bermain di Belgium, Xavier Chen tidak melakukan sebarang kesilapan untuk meletakkan Taiwan dihadapan dengan 3-2.

Peain gantikan, Fakri Saarani hampir memberikan gol ketiga Malaysia pada minit ke-78, tetapi tandukannya melepasi palang gol.

Terdapat saat-saat cemas di akhir perlawanan untuk Malaysia tetapi Sharbinee bijak mengekang asakan pasukan lawan untuk membenarkan Malaysia mara ke pusingan seterusnya.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>