
PARA peminat bola sepak tempatan khasnya penyokong skuad Kebangsaan Harimau Malaya yang tidak melanggan stesen televisyen berbayar Astro masih mampu menyaksikan siaran langsung semua perlawanan acara bola sepak membabitkan aksi Malaysia di Sukan SEA 2011.
RTM akan menyiarkan secara langsung semua perlawanan melibatkan pasukan Malaysia, bermula aksi menentang Singapura di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta jam 4.45 petang esok.
Begitu juga satu lagi stesen televisyen percuma milik Media Prima, TV3 turut akan menyiarkan siaran langsung perlawanan membabitkan pasukan Malaysia menentang Kemboja dan Indonesia.
Malaysia adalah juara bertahan acara bola sepak lelaki Sukan SEA selepas menewaskan Vietnam 1-0 dalam aksi final pada temasya 2009.
Jadual Perlawanan Bola Sepak Sukan SEA 2011 (MALAYSIA)
- Malaysia lwn Singapura (7 November 2011 – 5.00 petang)
- Malaysia lwn Thailand (9 November 2011 – 5.00 petang)
- Malaysia lwn Kemboja (13 November 2011 – 5.00 petang)
- Malaysia lwn Indonesia (17 November 2011 – 8.00 malam)
- *Tertakluk pada pindaan terakhir pihak penganjur
- Video: Malaysia Juara Bola Sepak Sukan SEA 2009
Related posts
- Thailand vs Malaysia 7 November 2012 [Friendly]
- Ujian bagi hadapi Singapura
- Video Malaysia 3-2 Pakistan [Piala Sultan Azlan Shah 2012]
- Lubnan bukan lawan mudah
- Malaysia mara ke Final hoki Sukan Asia 2010
- Piala AFC B-22: Malaysia tewaskan Taiwan 4-2
- Asia Tour 2012: Malaysia 1-2 Arsenal
- Video Malaysia 1-1 Thailand AFF Suzuki Cup 2012
- Perlu izin Kim Swee untuk temubual pemain
- Kelayakan Piala Dunia: 7 pemain digugur
Main topics: Bola Sepak Malaysia, Sukan SEA
Sub topics: Live TV1, Live TV3, Malaysia, Siaran Langsung Sukan SEA, Sukan SEA 2011






Go Malaysia go.. pertahankan prestasi Malaysia untuk perlawan menentang Thailand 9 Nov 2011 ini…
1-indonesia vs singapura-2 ramaln saya
Tahniah Pasukan Harimau Muda. Garuda Muda dan rakyat Indonesia yang ‘ego’ itu sepatutnya diajar dengan jaringan lebih dari 1-0 itu.Rakyat Indosenia – pastinya tergemam dengan tersungkurnya Sang Garuda di laman sendiri. Pada pengamatan saya, pemimpin dan rakyat Indonesia seharusnya merasa MALU DAN JENGKEL’ diatas perlakuan mengejek pasukan Malaysia di Sukan SEA sekarang. Apa salahnya tunjukan semangat kesukanan dengan menunjukan hormat kepada pasukan yang bertandang ke Bumi Indonesia. Rakyat Indonesia hari ini tampak ‘kurang ajar’ dalam melayani kontinjen Malaysia yang tidak berdosa. Betulkan sikap kerana kami (Warga Malaysia) yang sebenarnya tidak gentar – tetapi masih menghormati sebagai manusia serumpun, sebahasa, sebudaya malah sebahagian besar ‘satu agama – Islam’.
padan muker indon……..ko kutuk2 lagi…malaysia. cuba le jaga sikit adab & budaya…….kan dh malu! kena baham dgn HARIMAU terbenam dilaman sendiri! Tahniah pada Harimau Muda kerana mengharumkan nama MALAYSIA.Syukur pada illahi diatas perjuangan,kekuatan dan semangat yang dipamirkan saya berbangga berpijak di Bumi bertuah.