Saya tidak salahkan pemain - Nil Maizar

Malaysia 2-0 Indonesia Piala AFF Suzuki 2012
Malaysia 2-0 Indonesia | Piala AFF Suzuki 2012

Jurulatih Indonesia, Nil Maizar bertangunggjawab atas kekalahan 2-0 pasukannya kepada Indonesia di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu malam.

Indonesia yang hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke separuh akhir selepas seri dengan Laos dan menang dengan Singapura telah tersingkir dari saingan Piala Suzuki AFF 2012 selepas tewas 2-0 kepada Harimau Malaya.

Walaubagaimanapun, jurulatih Nil Maizar memberitahu, beliau enggan menuding jari kepada sesiapa dan bertanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan ini.

“Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa. Saya bertanggungjawab atas keputusan ini.” katanya di sidang media selepas perlawanan.

“Pasukan saya telah beraksi dengan motivasi yang tinggi. Tidak mudah untuk membentuk pasukan. Ia perlukan proses. Saya telah lakukan yang terbaik selama enam hingga lapan bulan bersama para pemain.” tambahnya.

Beliau akui, moral pemain sedikit merudum selepas Malaysia menjaringkan dua gol melalui Azamuddin Akil dan Mahali Jasuli dalam masa empat minit di babak pertama.

“Pasukan telah memberikan usaha yang maksima dan berjuang sehingga ke saat terakhir. Kami mempunyai beberapa peluang yang dihalang penjaga gol Malaysia.

“Selepas ketinggalan dua gol, pemain mungkin kurang bermotivasi tetapi ia merupakan hari Malaysia dan kami kurang bernasib baik.” katanya lagi.

Indonesia masih belum pernah menjuarai Piala Suzuki AFF dan telah menjadi naib juara sebanyak empat kali.

Menurut Nil, masanya belum tiba lagi untuk Indonesia menjuarai kejohanan ini.

“Kita harus membuat persediaan yang lebih baik di masa akan datang. Saya tidak boleh katakan kami tidak bersedia dengan baik kali ini. Saya tidak mahu memberikan alasan. Seperti saya katakan, saya terima kekalahan in.”

- espnstar.my

Related Posts

43 Responses to Saya tidak salahkan pemain - Nil Maizar

  1. RG tak terima kekalahan. sebaliknya nak menyalahkan pemainnya.. sokernet paling ramai pengikut RG.
    sejak HM menang 2 perlawan terakhir.. mudahnya nak beli hati peminat..Sama2lah kita tunggu apakata peminat RG..Apabila selesai Experiment dengan Thailand..

    • ko ni malaysia ka afrika?.. kalah pun ko x puas ati..menang pun ko x puas ati..wakkakakaka.. well.. bola itu bulat..

      • Ko orang Putih ke
        Nama watever

      • africa good woi.. whatever ada.. please the malaysia supporter.. all complaint must have something wrong… no complaint no demokrasi.. hope jange jadi lembu tarik hidung.. ikut aja.. jangan jadi lembu RG lg bagus..malu wei .. lu melayu ko apa. satu specis ko..apa2 tak bagus you kena komen.. besok lu punya Generasi jadi lembu cucuk hidung..Ingat le generasi akan datang…Hidupkan kebebasan bersuara Demokrasi..Jange hilangkan rakyat didahulukan..u.oh.no

  2. Si hitam manis kuala Selangor

    Bukan saja pemain Indonesia yg bermotivasi tingi
    Coachnya juga bermotivasi tinggi …
    Kalah menang adat permainan terima hakikat
    Bukannya Macam si hitam tu
    Kalah first game dah menuding jari kat individu…
    Andainya lawan loas n Indonesia dulu Kalah….tak tau la sapa nak disalahkan
    Mungkin salah FAM kot sebab ambik dia jadi jurulatih
    Tengok la nanti lawan Thailand…
    Kalau Kalah nak salah kan sapa pula

    • kalo menang lawan thai ? nak puji ko ke ??..hahahahah…

      • Ada Enam Yaakob menteri pasola

        Takan menang punya Dengan Thai
        Kalau menang saya potong telinga saya

        • ni lah kenyataan yng tak bertanggungjawab… awal2 lg dah nak mengalah, dan satu lagi bola itu bulat jika Allah makbulkan doa rakyat Malaysia yang cintakan negara, Malaysia pasti akan menang. Jadi main potong2 telinga tu tak perlu nak tulis kat sini jika tak berani nak buat..

          • Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob percaya loji Lynas merupakan isu di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di Pahang dalam pilihan raya umum akan datang.

            Beliau memberi contoh kawasannya di Bentong yang menurutnya tidak boleh dimenangi DAP.

            “… DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang,” katanya.

        • setakat telinga apa kelas.. ko potong la kerakyatan ko .. hahahhahaha…baru REAL!.. ngee ngee ngeee …

      • Kalau menang Jangan puji di hitam manis
        Kau minta hisap la dia punya…

        • Kalau mene mung berketok kalah baru mung berkeok,, ko guano…Mene ko kalah RG kena hantar padang rumput.. ajar lembu main bola. kalau lembu boleh cerdik.. boleh ajar Harimau makan rumput baru ada class RG. Jadi coh Rimau…ko guano ..

  3. Farizal jaga gawang, mantap lancar, tangkas,
    fahmi jaga gawang, kena tibai 3 bijik

    • smmgnya diakui farizal n fahmi best keeper skrg, cm def yg main ms lion Xperform… sdgkn def ms lwn laos n indon smuanya perform… jd Xbleh nk kte apa la…

      • Sokong abcd
        Maybe lawan Singapore semua player x perform masa main
        Macam team Keok
        Belum MAIN lagi dah Keok…. lembik…
        Longlai tak bermaya

    • Awal2 lg kapten Spore dah ckp,dia tgk line-up kita tak menggerunkan…bukan salah sorang individu aje,rasanya defend yg selalu ada masalah..masa lwn spore ari tu bg keeper dunia pun blum tentu bleh perform sbb defend & midfielder teruk..DRG perlu rasional,coach Indonesia lebih profesional..salahkan satu pemain akan menjejaskan karier player tersebut,sbb main bola bukan sorang2 main 11 org…team kita bernasib baik sbb team indonesia tidak menurunkan barisan terkuat,ISL masih lg diharamkan oleh FIFA..

    • Mantap ke benda? Tangkap bola pun asyik terlepas. Mujur geng lawan tak de kt depan je. Tp xpela, aku rasa elok jg Farizal main terus. Bg Apek rehat. Apek lepas ni kena tumpu utk piala AFC pula. Bgla peluang utk Farizal dptkan kredit pula. Tp jgn sbb bolos dgn Thailand nnt, semua pakat salahkn Farizal pula. Baik salahkan bola tu sbb bulat dan licin, hehe

    • apek nak concentrate kawin laaa .. ngee ngee ngee..

  4. kalau baca komentar2 dlm website KOMPAS, rata2 penyokong indonesia menerima kekalahan, cuma yg mengecewakan mereka adalah perbalahan 2 persekutuan bola sepak mereka, jika kedua-duanya sepakat, membenarkan pemain dari kedua-dua liga menyertai team mereka, pasti team mereka lebih kuat.. Fadli shas sendiri akui, team 2010 lebih kuat dari team haritu, dan rasanya persediaan mereka utk AFF ni lebih teruk dari Malaysia…

  5. …tapi striker diaorang nama andik tu mmg terbaik la….gila laju….zubir pun tak leh catch-up…

  6. pemerhati jauh..

    Tp mmg keeper yg salah mse lwan laos…apek terjah bola ke belakang tu psl ape..even joe hart pn mngaku silap mse lwn sweden..apek dn joe hart pn dh minta maaf dn mngaku slh..biasa la…keeper bgus psti trun..tgk kt spurs dlu,fridel trun drpd lioris…standard la..tgh perform psti dipilih..k.rajagopal nk sruh apex ade smgt mcm lioris utk rebut blik keeper no 1 malaysia…k.rajagopal pn salah gk..xleh salahkn apek sorang…libatkn defend gak,cth goal ke 3 s’pore…bru la mcm SAF…

  7. mungkin time lawan Singapore tu Harimau belom panas lagi..nk kena rotan ,kena sepak baru bangun..eej

  8. salah tu.. kite kena salahkan bau bacang bau badan pemain..
    ganggu fokus pemain rimau malaya..

  9. Ganu & kelantang

    Tahun ni ganu ngan kelatang jadi maskot RG.. byk dudok saja .mkn rumput saje tepi padee….. RG dok buat experiment tak siap..Puak rimau RG liga perdana nak berketok atau kiok lawan Thailand…

    Dengar kabar byk HM sakit dan kena kad kuning.. yo lo ko.. tu

    Sape agak nak kutip telo.. kalau farizal tak leh Main..
    Apek toksah deh.. nanti defender pakat lari suruh apek kutip telur byk2 sediri.Buat bekalan RG kalau kalah..
    Ada keeper ketiga lg ko.. nak tolong kutip telur RG 2 utir .. lagi..

  10. sakit jantung baca komen korang nie…memang bleh wat semangat orang yg membacanyer drop…ape2pun korang nk komen…aku hrp team malaysia boleh kalahkan thailand…kalau x salah aku, orang kata ong kim swee jadi pemerhati permainan team thai kat bangkok hari tue..harap2 ade perkembangan yg bleh membantu team malaysia

  11. Penyokong Bola Sepak Malaysia

    jurulatih yang bertanggungjawab… terbaik…

  12. tak kisahlah apa pun. harap malaysia menang lawan thailand esok. Kita doakan aje ramai-ramai agar semua pemain perform baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>