Rajagobal kekal jurulatih Harimau Malaya - FAM
FAM beri jaminan Rajagobal kekal jurulatih Harimau Malaya selepas Piala AFF
Walaupun jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal ‘dihentam dan dibidas’ kerana prestasi skuad bimbingannya, Harimau Malaya terus hambar, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetap mempertahankan pengendali berusia 56 tahun itu.
Malah, FAM masih tidak berganjak dengan indeks prestasi utama (KPI) ditetapkan terhadap Raja - iaitu perlu layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia mulai Februari depan, yang mana skuad negara diundi dalam Kumpulan D bersama Qatar, Bahrain dan Yaman.
“Adalah tidak sesuai untuk FAM mengulas kedudukan Rajagobal ketika ini kerana tidak mahu mengganggu persiapan skuad Harimau Malaya untuk misi mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki.
“KPI tetap sama, tidak berubah buat masa ini,” kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.
November 17, 2012 - 10:27 pm
FAM Ada president seumur hidup
Apa kata Jika kita usul kan jurulatih pun seumur hidup
Hidup FAM
November 17, 2012 - 10:37 pm
Korang semua kena paham mekanisme kerja FAM. Apabila SU kluar statement maknanya itu adalah statement rasmi. Bila statement rasmi maknanya dh dpt izin presiden atau presiden sendiri yg suruh. So kalau korang cerdik, siapa sebenarnya yg nk statement ni kuar?
November 18, 2012 - 1:13 am
Gopal didahulukan.. peminat di buang.. selagi gopal jadi jurulatih ambo.. takkan yakin lagi..dgn harimau malaya .. tapi kawe yakin dgn kelate saje.. kerana gopal pemusnah player2 hebat..dan taksub dgn kejayaan lama..Gopal dan FAM tak sedar seronok mkn gaji besar2.. dah sampai aff sekali lg,mcm baru lagi ..,jadi pemikiran tak sempat nak ubah.. stail lama lg…
November 17, 2012 - 10:49 pm
Ampun tuanku! Sembah patik beribu ribu ampun. Ni patik nak bagi nasihat kat tuanku. Rakyat malaysia dah menyampah dengan si gopal dan tuanku. Patik harap si gopal dan tuanku cepat2 lah letak jawatan bagi kat orang yang lebih layak dn brwawasan dn memahami aspirasi peminat bola sepak tanahair. Tuanku nak gopal kekal? Maka bertambah marah lah rakyat jelata terhadap si gopal dn tuanku. Tuanku xnampak ke? Adoi tuanku. Insaflah. Kalau patik ada kuasa mengundi dalam FAM, patik tak undi tuanku.
November 17, 2012 - 11:53 pm
alamat,,, nak hancur bolasepak malaysia.. AFF kali ni aku tak nak jouin ke stadium.
cadangan saya; lantik mr. rajagopal sebagai juruletih seumur hidup dia. (macam kata hari hari mau kalah)
November 18, 2012 - 7:03 am
FAM hancur diperintah oleh maharaja yg dah layak jadi maharaja lawak. Maharaja sepatutnya berjiwa rakyat bukanya berjiwa nak jaga kroni kroni saja, kerja malas tak ada kemajuan dan gila jawatan sahaja. Kalu berjiwa rakyat sepatutnya semua kena letak jawatan kalau gagal jadi juara AFF. Kena tahu rakyat marah biarlah rakyat yg jadi maharaja utk adili FAM. Kalau tuanku tak percaya cuba buat undi biar rakyat tentukan jawatan dlm FAM. Confirm semua akan kalah.