Rajagobal gelisah tonggak Harimau Malaya cedera

Menjelang Malaysia vs Bahrain, 15 November 2013

JURULATIH Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal terus dibelenggu kegelisahan dalam persiapan menghadapi Bahrain pada aksi kelayakan Piala Asia 2015 lawan bulan depan, apabila dua tonggak Amiridzwan Taj Tajudin dan S.Kunalan mengalami kecederaan.

Kedua-dua pemain berkenaan yang diturunkan dalam kesebelasan utama ketika Malaysia terikat 1-1 menentang Bahrain pada pusingan kelayakan Piala Asia di Shah Alam, 15 Oktober lepas, disahkan cedera ketika latihan petang semalam.

Rajagobal berkata Amiridzwan Taj mengalami kecederaan ligamen kolateral medial (MCL) manakala Kunalan cedera pangkal peha ketika sesi latihan di padang Wisma FAM, Kelana Jaya, dekat Petaling Jaya, semalam.

“Saya harap Amiridzwan Taj akan pulih secepat mungkin. Kita memerlukan Taj kerana (tonggak pertahanan) Fadhli Shas belum pulih sepenuhnya. Pada masa ini, mereka dinasihatkan supaya tidak turun menjalani latihan.

“Apa pun, sebagai jurulatih, saya perlu meletakkan kepercayaan kepada pemain lain (jika kedua-dua berkenaan belum pulih sepenuhnya),” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma FAM hari ini.

Dalam pada itu, Rajagobal berkata beliau mungkin memanggil pemain pertahanan Pahang, Mohd Razman Roslan bagi menggantikan tempat ketua pasukan Selangor PKNS FC, Mohd Helmi Remeli yang gagal melapor diri untuk sesi latihan.

“Saya tidak dapat menghubunginya…kita akan hantar surat kepada kelabnya untuk mengetahui keadaan sebenar Mohd Helmi,” katanya.

Skuad Harimau Malaya akan meneruskan kempen kelayakan dengan bertandang ke Riffa untuk menentang Bahrain sekali lagi pada 15 Nov, Qatar di Shah Alam (19 Nov) dan Yaman (5 Mac 2014).

Untuk rekod, Malaysia kini berada di tangga ketiga kumpulan D dengan empat mata hasil satu kemenangan, seri sekali dan kalah sekali.

- Bernama

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>