Perlu izin Kim Swee untuk temubual pemain

Bagi hadkan publisiti keterlaluan ke atas Pemain Harimau Muda

WARTAWAN atau media yang ingin menemu ramah pemain skuad Harimau Muda harus mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada jurulatih sela­in memastikan soalan yang dikemukakan hanya tertumpu kepada isu bola sepak sahaja.

Jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee berkata, tindakan berkenaan adalah perlu sebagai satu langkah untuk melindungi pemain kebangsaan itu daripada publisiti keterlaluan yang boleh menjejaskan tum­puan mereka.

Menurutnya, pendekatan tersebut tidak bermakna beliau tidak selesa atau tidak mempercayai media, tetapi ia adalah untuk kebaikan pemain-pemain bimbingannya.

“Jika publisiti itu adalah untuk bola sepak, saya setuju tetapi kalau publisiti yang salah terutamanya membabitkan isu-isu panas seperti masalah peribadi seseorang pemain, itu amat membimbangkan saya.

“Saya tidak akan menghalang mereka ditemuramah tetapi saya akan nasihat apa yang mereka boleh cakap dan sebaliknya. Maklumlah mereka ini masih muda dan mempunyai kecenderungan untuk melakukan kesilapan,” katanya dalam temuramah Program Kerusi Panas terbitan Bernama Radio24, kelmarin.

Dalam perkembangan berkaitan, Kim Swee turut berpendapat, mana-mana pemain skuad Harimau Muda yang ingin ditemuramah nanti perlu dimaklumkan soalan-soalan yang akan ditanya.

Langkah itu, katanya, Kim Swee akan membolehkan pemain-pemain yang ditemu­ramah bersedia menjawab ­so­a­­lan-soalan daripada wartawan dengan lebih yakin.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai masa depan skuad Harimau Muda ekoran tiga kekalahan dalam pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik, Kim Swee menegaskan, skuad Harimau Muda tidak akan dibubarkan.

Sebaliknya menurut beliau, barisan pemain yang berusia 20 tahun ke bawah akan terus kekal bersama pasukan Harimau Muda dan berpeluang untuk menyertai beberapa kejohanan penting seperti Kejohanan bola sepak AFC bawah 22 tahun, Sukan SEA 2013 di Myanmar dan Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan. — Sinar Harian

Related Posts

3 Responses to Perlu izin Kim Swee untuk temubual pemain

  1. patutnya dari dulu macam ni. kalau tidak..habis kena gosip semua pemain bola nih..

    • semua pihak kena paham terutamanya Ong Kim Swee & pemain2.. Tabiat/perangai kena lah jaga elok2 kalau takut wartawan heboh mcm2.. Kontreversi mmg x dpt dielakkan tp boleh dijauhkan

  2. memang elok kalau dikawal dari ditemuramah atau glamer tak tentu arah.. pengurus bola luar negara selalu buat camni.. kawal bebetul..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>