Malaysia vs Etoile FC LIVE Astro Arena

PEMINAT bola sepak tempatan boleh mengikuti perlawanan persahabatan pasukan kebangsaan Malaysia menentang kelab Liga Singapura (Liga-S), Etoile FC secara langsung menerusi Saluran 801 (Astro Arena) bermula jam 7.50 malam ini.

VIDEO GOL PERLAWANAN

Perlawanan persahabatan itu berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Etoile yang dibarisi sepenuhnya pemain berasal dari Perancis, adalah penyandang juara Liga-S tetapi kini menduduki tangga keempat carta liga selepas empat perlawanan.

Pemain tengah Etoile, Maxime Belouet adalah antara tonggak yang perlu diberi perhatian anak buah Rajagobal selepas meledak tiga gol manakala rakan penyerangnya, Jonathan Justin, dua gol.

Rajagobal menghimpunkan seramai 24 pemain untuk menjalani latihan pusat sejak Isnin lalu termasuk dua nama baru - Azidan Sarudin dari Selangor dan Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid dari Kelantan - bagi memberi peluang kepada lebih ramai pemain menyarung jersi kebangsaan.

“Saya tidak mahu terikat dengan kelompok kecil pemain yang sama dalam membentuk pasukan kebangsaan,” kata Rajagobal yang membawa kesemua pemain Harimau Malaya ke Singapura bagi perlawanan persahabatan menentang kelab Liga-S itu kecuali penjaga gol simpanan, Mohd Farizal Marlias yang terpaksa diketepikan akibat jangkitan mata.



Barisan anak buah K Rajagobal:

Penjaga Gol: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Sharbinee Allawee(Terengganu)

Pertahanan: Mohamad Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Mohamad Fadhli Mohd Shas, (Harimau Muda A), Rizal Fahmi Rosid (Kelantan), Aidil Zafuan (Negeri Sembilan), Sabree Mat Abu, Azmi Muslim (Kedah), Asrarudin Putra Omar (Selangor)

Midfield: K. Gurusamy VC (Harimau Muda A), Baddrol Bahtiar, Amar Rohidan (Kedah), Safiq Rahim, Azidan Sarudin, Amirulhadi Zainal (Selangor), S.Kunalan (Negeri Sembilan), S.Chanturu (Kelantan)

Penyerang: Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan), Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan), Izzaq Faris Ramlan (Harimau Muda A), Ashaari Shamsudin (Terengganu), Shahrizal Saad (Johor FC)

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>