Malaysia tergelincir ke tangga 144 ranking yang dikeluarkan FIFA semalam iaitu jatuh enam anak tangga berbanding kedudukan Mac lalu.
Aksi terakhir perlawanan antarabangsa Kelas A membabitkan Harimau Malaya adalah dengan Hong Kong pada Februari lalu untuk mengumpul 144 mata.
Lawan serantau iaitu Thailand, Indonesia dan Singapura turut mengalami penurunan.
Thailand berada di kedudukan ke-120 dan Indonesia ke-130 sementara Singapura berada di bawah satu anak tangga dengan Malaysia dengan perbezaan empat mata.
Sepanyol kekal sebagai kuasa bola sepak terulung diikuti finalis Piala Dunia, Belanda. Brazil pula memanjat dua anak tangga untuk berada di tempat ketiga manakala Itali kembali dalam kelompok 10 terbaik.
Ranking FIFA April 2011:
- Sepanyol – 1857 mata
- Belanda – 1702
- Brazil – 1425
- Jerman – 1386
- Argentina – 1276
- England – 1163
- Uruguay – 1094
- Portugal – 1052
- Itali – 1019
- Croatia – 991
Related posts
- Senarai calon Pemain Terbaik Dunia 2010
- Mohamed Hammam tarik diri tanding Presiden FIFA
- [Video] Lionel Messi World Best Player 2009
- FIFA gantung Mohamed Hammam, Jack Warner
- Jepun tuan rumah Piala Kelab Dunia 2011
- FIFA bebaskan Blatter dari dakwaan salah laku
- FIFA consoles Togo after Angola gun attack
- Sepanyol dominasi Pemain Terbaik Dunia 2010
- Isu Liga Super Indonesia: FAM tunggu pengesahan FIFA
- Rajagobal terap 'ramuan serangan'

