Kelayakan Olimpik: Jadual jejas prestasi Malaysia

Malaysia vs Syria Kelayakan Olimpik 2012

KATA ORANG, robot pun boleh kehabisan bateri sekiranya ‘dilenjan’ habis-habisan.

Namun, lain pula ceritanya dengan skuad Olimpik Malaysia yang tampil dengan persembahan bertenaga meskipun gagal menjinakkan Syria apabila tewas 0-2 pada perlawanan kedua aksi kelayakan Olimpik pusingan akhir Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

Kudrat anak-anak buah Ong Kim Swee yang masih keletihan selepas mempertahankan pingat emas Sukan SEA ternyata dipuji apabila mendapat ‘tonik semangat’ daripada lebih 20,000 penyokong yang memberikan tepukan bergemuruh sebaik perlawanan tamat.

Malah sebelum sepak mula, pasukan Syria yang tiba di Kuala Lumpur sejak Sabtu lepas berbanding Harimau Muda yang hanya tiba dari Jakarta kelmarin dilihat seolah-olah beraksi di tempat sendiri apabila turut menerima sambutan hangat penyokong tuan rumah, situasi yang cukup berbeza yang diterima pasukan negara ketika di Stadium Gelora Bung Karno pada temasya Sukan SEA sebelum ini.

Kim Swee juga dilihat melakukan sedikit perubahan dalam kesebelasan utamanya apabila meletakkan Wan Zack Haikal Wan Nor yang digugurkan daripada skuad emas sebelum ini untuk bergandingan bersama Fandi Othman, K. Gurusamy dan Nazmi Faiz Mansor di bahagian tengah sementara Mohammad Zubir Azmi, Amer Saidin, Mohamad Muslim Ahmad dan Mahali Jasuli menerajui benteng pertahanan negara.

Pasukan Harimau Muda yang mengasak seawal minit pertama kempunan menjaringkan gol pendahuluan apabila percubaan penyerang kontroversi, Ahmad Fakri Saaraini melambung tinggi meskipun kesilapan penjaga gol Syria, Ibrahim Alma gagal mengeluarkan bola dengan kemas dari kawasan penalti.

Syria yang dikendalikan jurulatih Immad Khankan kembali bangkit mengasak sebelum memperoleh peluang terbaik lima minit kemudian namun percubaan terus M. Zakaria Al Omari terus ke dakapan kapten Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Khairul Fahmi sekali lagi bertindak cemerlang apabila berjaya menangkap kemas percubaan penyerang kelab Al-Iltihad, Mohammad Fares pada minit ke-10 sebelum menepis percubaan Mardek Mardkian enam minit kemudian.

Peluang terbaik Malaysia untuk mendahului hadir selepas itu apabila Wan Zack dilihat beberapa kali gagal memanfaatkan hantaran cantik Nazmi Faiz dari tengah padang, sementara tandukan Thamil Arasu sedikit sipi pada masa kecederaan bagi menyaksikan kedua-dua pasukan kekal terikat tanpa jaringan ketika tamat separuh masa pertama.

Malaysia yang cuba meneruskan penguasaan sebaik babak kedua bersambung dikejutkan dengan gol pendahuluan pelawat menerusi tandukan S. Solaiman pada minit ke-51.

Video: Malaysia 0-2 Syria

Gol itu ternyata menyuntik semangat Syria yang kembali menggandakan asakan, namun kecemerlangan Khairul Fahmi menjaga gawang wajar dipuji termasuk menggagalkan percubaan Mohammad Zbida dan Mohammed Fares beberapa minit selepas itu.

Penyerang gantian Syria, Nassouh Nakkdahli yang masuk menggantikan Mardkian akhirnya menamatkan mimpi ngeri tuan rumah apabila mudah menolak masuk gol kedua kira-kira tiga minit sebelum perlawanan tamat.

Malaysia kini menghuni tangga kedua tercorot kumpulan sementara Jepun kekal menerajui Kumpulan C setelah menjinakkan Bahrain 2-0 dalam satu lagi perlawanan semalam.

Malaysia akan melayan kunjungan Bahrain di stadium sama Ahad ini.

Related Posts

15 Responses to Kelayakan Olimpik: Jadual jejas prestasi Malaysia

  1. bukan nak merendah2kan pasukan kita, terimalah hakikat kekalahan ini, jgn jadikan penat sebagai alasan. kalau skuad kim swee tak pergi sea games pun pasti kalah, dah jd budaya org2 kita, bila dh menang sekali terus kita rasa kitalah yg paling hebat, sedarlah diri oi!!!!!! kita adalah pasukan lemah, dan pencorot
    kita memuji persembahan budak2 tu pd separuh masa pertama, tp jurulatih syria dah bg tau yg diorang mmg sje tak nak tekan malaysia pada separuh masa pertama, separuh masa kedua diorg tekan kita betul2 sampai ada budak2 kita yg jd kaki bangku, ingatlah wahai seluruh rakyat malaysia, kita masih jauh..
    132. Thailand
    134. Vietnam
    144. Indonesia
    152. Singapura
    155. Malaysia
    159. Filipina
    169. Kamboja
    169. Myanmar
    175. Laos
    198. Brunei Darussalam
    203. Timor-Lest

    • hebat tul komen bro..cuba men tgk…

    • patut la nama ko ni setan…mulut dah mcm bontot setan…bapak ko kompom jin..mak ko kompom jembalang tanah…

    • setan, ko pun kaki bangku nak komen macam tu… ko tu apa boleh main… guli celah kangkang ko boleh la ko main..

    • Din Harimau MALAYA

      dah tahu pemain tu penat kenapa dibawa turun juga…. FAKRI SARANI harap tubuh je tinggi tapi x ada fungsi,saya paling kesal apabila izuan solahuddin dimasukkan di minit akhir dan tidak dapat menyentuh bola pun macam pemain itu tiada maruah…..

      • betul apa yg setan cakap…..pemain kita apabila dah menang mereka merasa merekalah yg hebat….sy bukan menyebelahi sesiapa pun…

      • memang patut dia masuk last2 minit, itulah antara pemain2 sampah selain fuckry

        • cakap berapi la setan.. men sket aku nak tgk, ko ingt ko ckp camtu suma org kena trima aa?? haha..lawak aa ko ni..sedap2 kata diorang rasa hebat, ko dengr ke dorg cakap berlagak, kau mana tau pemain2 kita cakap besar?? ntah2 diorg suma budak alim2 aa, dak surau, rendah diri je suma, ko pe tau setan,,, =)

          • “entah” adalah ayat yg tiada kepastian, kau terlalu menyanjungi budak2 tu dengan membabi buta, sebagai contohnya si fahmi, dia tu peminum arak, kaki pub, kaki mantat, So… apa yg kau tau?

  2. Tak ape… sekurang2nya pasukan bola sepak negara pada masa kini dpt memberikan persembahan yg memuaskan… kami betul2 gembira tengok bola… syabas Malaysia…

  3. inilah masalah orang kita, mudH sangat ‘gembira’ gembira dengan kekalah pasukan kita, mudah puas hati, fikiran sampah seperti inilah yg harus kita hindari..

  4. sekurang2 nya mereka bawa nama Malaysia, buat jasa pada Malaysia …setan2 semua ada? opss lupa…setan mana main bola..jadi batu api je..asal pn dari api ye dak?

  5. Game Cantik, Malaysia takde stiker yang bagus game semalam, team malaysia mantap harap bersedia dari awal untuk target layak untuk Piala Asia!!! Malaysia Boleh!!!

  6. apehal lak….maen kotorrrrrr syiria!!!

  7. OKS … patut bawa masuk striker yg lebih baik lagi. Kenapa Sharizal Saad dari Johor FC tak diberi peluang.Dia lahir pada tahun 1989, rasanya masih layak main untuk skuad olimpik.
    apa-apapun moga Malaysia menang lawan Bahrain pada hari ahad nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>