FAM perlu kaji kemerosotan skuad Harimau Malaya

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) perlu mengkaji kemerosotan skuad Harimau Malaya dalam beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa bagi memastikan pasukan itu benar-benar bersedia mempertahan Piala AFF Suzuki pada November.

Mengambil contoh keputusan seri 1-1 ketika bertemu Filipina di Stadium Shah Alam Jumaat, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan keputusan itu jelas tidak mencerminkan kekuatan sebenar skuad Harimau Malaya.

“Malahan ramai yang berpendapat, pemain yang diturunkan semalam tidak bermain dengan sepenuh hati, jadi saya mahu FAM melihat perkara ini lebih serius kerana Kejohanan Piala AFF Suzuki akan berlangsung tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Menembak Asia Tenggara (SEASA) ke-36 di Lapang Menembak Sasar Kebangsaan di Subang hari ini.

Kejohanan 10 hari bermula esok itu menyaksikan penyertaan Taiwan, Hong Kong, Macau, Singapura, Thailand, Myanmar, Filipina, Vietnam dan Malaysia selaku tuan rumah.

- BERNAMA

Penyerang Harimau Malaya tiada taji

FILIPINA tidaklah terlalu Eropah, namun penyerang Datuk K Rajagobal terlalu tumpul untuk membolosi benteng terakhir skuad Azkals.

Sembilan daripada kesebelasan utama Filipina adalah pemain yang berpangkalan di Eropah, namun itu bukan cerita utama kerana rembatan ke langit skuad negara lebih mendapat perhatian.

Dengan peluang terbaik terhidang tidak terkira banyaknya, cubaan rangkaian penyerang negara Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim dan Shahurain Abu Samah, satupun tiada yang tepat ke gawang Filipina.

Skuad bimbingan Rajagobal lebih kreatif di babak pertama apabila lebih banyak mengancam benteng pertahanan Filipina yang diketuai penjaga gol Roland Richard Muller.

Begitupun skuad Harimau Malaya mengundang padah dengan kealpaan pertahanan melakukan hantaran ke belakang hampir membuatkan gawang negara yang dikawal Mohd Farizal Marlias dibolosi seawal minit pertama.

Hantaran lintang cantik juga kerap dilakukan S Kunalan dengan ‘dummy’ oleh Norshahrul tetapi sayang gagal disepak kemas Safee.

Serangan Filipina sebaliknya lebih terarah kepada penyerang tinggi lampai Angel Guirado, namun tidak cukup tajam menyaksikan separuh pertama berkesudahan tanpa jaringan.

Di babak kedua, penguasaan skuad negara berterusan namun masalah sama berlaku iaitu ketumpulan penyudah.

Safiq memiliki empat peluang terbaik menjaringkan gol termasuk sepakan percuma namun ketepatan menjadi kepincangan terbesar.

Kemasukan S Chanturu juga gagal mengubah senario di atas padang. Penguasaan bola dan serangan bertali arus gagal memecah kebuntuan menyaksikan Rajagobal sekali lagi menyuarakan rasa puas hati dengan sejumlah 16 peluang di depan gawang yang dipersia-siakan.

Selepas ini ada dua lagi perlawanan persahabatan buat skuad Harimau Malaya, iaitu berdepan Singapura di gelanggang lawan dan di Stadium Shah Alam iaitu pada 8 dan 12 Jun ini.

Sebelum ini pemain Rajagobal seri 1-1 dengan Filipina di tempat lawan, menang ke atas Sri Lanka 6-0, Kelantan 5-0, Sabah 1-0 dan seri 1-1 dengan Sarawak. — Metro

Related Posts

31 Responses to FAM perlu kaji kemerosotan skuad Harimau Malaya

  1. shabery chik mulut berbuih ni tahu tak Filipina ni ade 10 pemain Germany kelahiran Filipina yang dipanggil perkuatkan skuad Filipina?walaupun bukan alasan,tapi pendedahan 10 pemain ni adalah di peringkat eropah.Keeper Filipina pun kalau x silap reserve Fulham.Realistik la

    • kebanyakan player filipina ari tu kelahiran jerman bukan kelahiran filipina seperti yg ditulis saudara. keeper ari tu pun bukan neil etheridge, gk fulham tapi roland muller, gk duisburg, jerman.

      • saudara, kesemua pemain azkals yg berpengkalan di eropah adalah sama statusnya spt bekas penjaga gol mlysia, syed adney yg lahir di england dan mereka juga mempunyai ID filipina. hanya lahir di luar negara shj tetapi tetap rakyat tulen filipina. Harap maklum. Sumber drpd Philippine Football Federation.

  2. jangan risau.ini hanya perlawanan persahabatan.mungkin kita akan dapat jaringkan gol dalam perlawanan2 akan datang.kalau dengan singapora pun kita tak dapat jaringkan gol,itu pun jangan risau kerana ia juga perlawanan persahabatan.kita perlu berfikiran positif.sekarang ini kita dalam proses mencoba pemain.setelah di coba2 saya semakin kenal dengan pemain saya

  3. bola sepak kita di takuk lama….filipina da maju… dulu jd belasahan je…xmustahil prestasi diorang jauh meninggalkn kita di masa hadapan…malaysia smpai skrang memanas badan lg…hahahaha~~

    • aku rasa bkn filipina yg jauh meninggalkn kita.. mrk masih ditakuk lama.. cuma pasukan kita je yg terundur kebelakang… makin hari makin menurun rajagopal naik pangkat datuk…..

  4. Nak kaji ape benda lagi kalau player selection pn bias. Kalau pemain kelantan, tganu atau tteam, main bagus caner pn ssh nk wakil negara. Kalau selangor, main mcm taik pn still main 90 minit.

    Sepanyol majoriti wakil kebangsaan diaorg dp barca dn r.madrid. Bukan getafe ke, santander ke atau alaves.

    • tteeett,salah.torres,juan mata tuh kan chelshit

      • dato raja copy

        kalau pemilihan asyik bias, sampai bila pun akan ditakuk tu je lah. buat lah sedikit perubahan utk kesan yg besar dato raja.Sekarang ramai yang mencemuh kerena kecewa dgn FAM.

  5. Berani btol Sokernet.com bt knytaan “FAM kena kaji kemerosotan skuad Harimau Malaya”
    nt xpsal2 kena gntung dgn Presiden FAM..
    hehehe

    1 lg, bila masa plak seri 1-1 dgn Filipina masa kt Shah Alam????

  6. shabery buih ni tak takut ke cakap macam tu nanti tak pasal2 kena buat permohonan maaf kepada sultan bola

  7. inikah 1st eleven terbaik kita?…biasanya coach akan ambik player daripada pasukan top2 dalam liga?…siapa azmi muslim, amirizwan taj, aidil…azamuddin? adakah saingan di liga super sama dengan saingan di liga perdana? kenapa tidak bagi peluang kepada badrol bakhtiar, badri razi. norfarhan, dan joseph kallang tie, ismail faruqi.. dan yang lain…apa lah nak jadi dengan bolasepak kita…

    • betul3.. apa hal ngan coach (asal: selangor) yang tak mahu amek player dari kelantan dan Terengganu ni? aku kira hanya mat yo seorang kelahiran terengganu (main untuk kelantan) manakala yang lain, subramaniam dan chanturu bukan berasal dari kelantan. tetapi player dari team yang asyik kalah dalam liga super ada yang jadi kapten, ada yang sampai 5 orang dalam team harimau malaya. apa kes playerdalam pasukan top 2 Liga Supertak dapatwakil Malaysia ni Raja?

  8. Bro rajagopal punya kepala hotak dia pikir player yang dia suka jer player lain yang bagus dah tak pandang dah

  9. Harimau borneo

    Saya adalah salah seorang penyokong tegar pasukan Malaysia… saya lebih rela mengabaikan pasukan2 (kelab ternama)kegemaran ramai, tapi jika Malaysia yg beraksi… saya akan menyesal jika tak dapat mengikutinya…Walaubagaimana pun HARIMAU MALAYA ni pada saya TIDAK SESUAI digunapakai lagi sebab Dalam skuad malaysia sudah ada pemain dr Borneo… oleh itu harap admin dan semua penulis2 sukan dapat mempertimbangkan HARIMAU MALAYSIA… Mungkin janggal pd mula tapi jika diluaskan penggunaannya ia akan jadi sebati…. (sesiapa yg tida setuju bermakna mengabaikan perasaan kebanyakan rakyat Malaysia di Borneo…)

    • Saudara.. Nama harimau malaya tu nama saintifik dia.. Dah ayah dia bagi nama camtu nak ubah caner lagi.. Lagi pn alamat rumah dia kat sini..

      Nama harimau malaya tu gelaran saja.. Tiada maksud untuk mengecualikan sabah sarawak kerana kalian pun saudara kami juga..

      Sama juga dengan badak sumatra atau pn harimau siberia..

      Sekali lagi aku ulang.. Nama harimau malaya adalah merujuk kepada sifat yang berani dan tidak menyerah kalah sehingga ke titis darah terakhir.. Nama malaya di belakang itu hanya nama saintifik.. Nama harimau malaysia tidak sesuai kerana ia tidak merujuk kepada spesis itu..

    • Sokong kata-kata Tok Janggut, betul tu. harimau borneo kamu ada pergi sekolah tidak, bah? nama harimau malaya itu tiada kena mengena dengan malaysia semenanjung atau malaysia pulau borneo. kalo kamu sekolah, atau pergi muzium, kamu tentu tahu ini

      • Harimau borneo

        Saya tiada masalah dgn penjelasan berhemah dr saudara Tok Janggut… terima kasih.

        Tapi saya kurang setuju dengan kenyataan harimau puaka yg terlalu keras dan tak menggambarkan org profesional…

        sebenarnya nama saintifik harimau belang ialah Panthera tigris jacksoni… dan saya harap harimau puaka melanconglah di sabah dan sarawak agar dapat menimba ilmu dan belajar bagaimana bersahabat dgn lebih baik….. terima kasih..

  10. apa masalah dengan HARIMAU MALAYA tu kan nama sepesis harimau kat embelam FAM tak ada kene mengena dengan menganak tirikan orang BORNEO .

    • Harimau borneo

      saudara amat… saya tak ada menyebut tentang ‘menganaktirikan’… yg saya maksudkan ialah kesepaduan sokongan rakyat malaysia termasuk di sabah sarawak yang turut sama menyokong pasukan Malaysia.

      • harimau borneo,
        harimau malaya tu nama spesis harimau yg jadi lambang FAM tu..mane ade spesis harimau malaysia..kalau ada dah lama dah diorang pakai nama harimau malaysia..

  11. Ranking tak penting, kata SU

  12. psl ape xbg nama tempurung diatas katak je..

  13. Kecoh beben0 psal nme harimau malaya niey..hiesh!klau x puas aty sgat ngan nme harimau mlaya ny..#pegijumpepresidenFAMsuruhtukarnmeharimaumalayasebabpihakborneoxpuasaty#tamat

  14. hoi..!hari2mau kamu guna bahasa apa nii..hahahahaha.

  15. kenapa isu nama harimau malaya baru nak dibangkitkan sekarang ni,selepas kita menang piaa aff?kenapa tak dibangkitkan sejak dulu lagi?nak diikutkan,gelaran harimau malaya memang sudah lama digunakan oleh pasukan malaysia sejak dulu lagi…apasal baru srkarang nak komplen?

  16. Salam semua dan salam satu Malaysia…
    daripada duduk membincangkan pasal nama Harimau Malaya tu…baik bincang pasal ranking Malaysia yang makin menurun ni…terbaru dah turun satu lagi anak tangga…team lain berusaha nak bagi naik ranking, FAM aje yang tak sedar-sedar…Oh yer..lupa pulak, FAM kan kata ranking tak penting ….

  17. BAM baru je ade masalah sikit dalam skuad piala Thomas bau ni cepat je ade yang kritik minta presiden bertukar. FAM dah berkurun tak penah maju takde pulak yang bagi komen apatah lagi minta turun ‘takhta’ ek.
    hehehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>