SSMIV tuan rumah bagi Kuala Lumpur berdepan Kelantan

KELANTAN memiliki kelebihan bagi aksi Liga Super menentang Kuala Lumpur malam esok apabila Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) memilih Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu sebagai venue perlawanan berkenaan.

Perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Hang Jebat dipindahkan ke Kota Bharu atas permintaan KLFA.

Tiada sebarang sebab diberikan oleh KLFA berhubung pemilihan venue berkenaan, namun tarikh dan masa perlawanan yang telah diatur oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berubah.

Ini bermakna skuad kendalian Bojan Hodak mempunyai kelebihan kerana selain bermain di laman sendiri tanpa perlu bersusah payah hadir ke tempat lawan, mereka juga akan menghadapi tiga perlawanan di Kota Bharu secara berturut-turut bermula aksi menentang Kedah pada 16 Jun lalu.

Kuala Lumpur vs Kelantan 19 Jun 2012

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

12 Responses to SSMIV tuan rumah bagi Kuala Lumpur berdepan Kelantan

  1. REASON main di KB ialah untuk dapat pulangan TIKET… yelah main di KL buat rugi ajer…. KL dah tenat skrg…

  2. betul tu. selain tu, ini mgkin 1 bentuk sindiran sinis buat penghuni warga kota yg nmpknya xlg berminat dtg ke stadium. sambil2 tu dptla jg skuad klfa makan angin sambil beli belah di kelantan nnt, hehe

  3. Kalau stadium penuh, KL juga yang untung kerana KL jadi tuan rumah. Bola sepak di Kelantan MERIAH….
    Satu tindakan yang bijak. Win-win situation.

  4. Razip masih lagi berharap yang skuad Warga Kota akan menang selepas kejayaan seri dalam dua game lepas. Semoga maju jaya untuk KL :)

  5. Jika KLFA memilih stadium di Lembah Klang pun mungkin akan dibanjiri oleh penyokong Kelantan seperti perlawanan dengan Felda Utd di MPPJ telah menarik 15-20 penyokong.

  6. Main di KB KL untung la bro sebab gate collexction KL dapat 50%

  7. untung le kl,dpt juga duit kutipan tiket.

  8. harap pasukan lain dapat mencontohi team k.l.buat apa main tempat sendiri kalau stadium kosong.nak bayar sewa pun tak lepas.nak menguruskan pasukan bola ni bukanya cukup kalau setakat modal air liur je.kami rakyat kelantan mengalu2kn kehadiran team2 lain untuk beraksi di stadium sultan muhammad ke4 dengan sukacitanya.welcome…

  9. Bantu membantu apa salahnya!!!! Klate bantu KL dr segi meningkatkan gate collection, KL bantu Klate dr segi bg peluang penyokong TRW bermain di kubu sendiri. Lgpn 3 mata pentg untuk Klate overtake Lion XII.

  10. memang bijak pengurusan kl ,kalau main dengan team dia tak buat tak berbaloi

  11. kesian pemain KL…gaji dah bayar ke belum? dtg main kat KB,tentulah ramai yg pi stadium untuk menyokong pasukan kelantan…pasukan lain pun dialu2kan jika mau main kat stadium kami yg kecik tp sentiasa meriah ni..Love Klate Sokmo..

  12. ada lg ke org asl kl skrng..aku rasa indon nepal bangla kboja negero ramai laaa..org kl dh pupus.. xlama lg psukan kl tu sdiri..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>