Simone Del Nero kontrak setahun bersama Johor

Johor ikat bekas pemain Lazio

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) hari ini mengumumkan penyertaan bekas pemain Lazio, Simone Del Nero bagi saingan Liga Super musim depan.

Selepas menandatangani pemain import termahal di Malaysia, Daniel Guiza bulan lepas, Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail hari ini mengesahkan di sidang media di Johor Bahru bahawa Simone Del Nero akan mengikat kontrak selama setahun dengan Johor.

Johor yang telah mendapatkan bintang-bintang bola sepak di Malaysia seperti Safiq Rahim, Zaquan Adha, Aidil Zafuan, Azmi Muslim dan Muslim Ahmad terus mengukuhkan pasukan dengan melengkapkan kuota pemain import mereka.

Del Nero yang tiba di Johor petang ini dikatakan bersemangat untuk memulakan karier baru di Malaysia dan akan memulakan latihan bersama skuad Fandi Ahmad esok.

- espnstar.my

Related Posts

27 Responses to Simone Del Nero kontrak setahun bersama Johor

  1. Laaaa…setahun jer….itupun kecoh umum dalam media massa jugak ker?…Ingatkan 2-3 tahun, dengar citer banyok RM…..Ish ..ish…ish….org lain pun assemble 1 team player tak sibuk2 nak kecoh dan umumkan dalam media….huk aloh gak!

    • aik bro , bunyi mcm jeles jek . mmg laa media massa kecoh , player top2 kot johor beli . gua rase kalaw johor ta kecoh2 nk umomkan , media massa pon mesti kecoh2 nk taw . takpe , gua doakan team lu pon pasney mampu beli player top2 . baru mantap liga M season depan .

      • Jeles?…buat aper wa jeles sama team lua bro?
        Wa pun dah cukup banyaka suka & happy dengan team gua..

        Media massa kecoh ker kena paksa kat bos-bos diorang untuk ambik hati TMJ? Gua tak rasa player tu mesti mahal kalau nak power, tengok CR, Messi jer la.. diorg dari biasa2 sampai jadi best player kat dunia pun digilap oleh team yang sama untuk jangka masa lama….

        Setakat seorg lagi kena kontrak setahun, sorg lagi on-loan, lu rasa diorg ni masih power dan konsisten mcm dulu lagi x? Dah la sorg pernah patah kaki, kena on-loan pulak, setahu gua player on-loan ni sama ada club takder duit atau ‘reject’ sbb tak perform kat team diaorg, kalau nak buang gitu jer takut kena saman kontrak…Diaorg pun pandai hormati kontrak tak mcm satu team kat Malaysia ni…aishhhh…aper nak jadi..

        Syukur la team wa tak membazir duit beli player2 camni, kalau menang duit dapat belum tentu dapat kos belanja, kalau kalah dah confrim MALU!…ish..ish..ish…

        Tak payah lu doa team gua dapat beli player2 yang ‘telan duit’ macam team lu… Lu doa jer biar Tuhan sentiasa rahmati gua dan team gua moga2 kitaorg sentiasa tabah dan menang dalam menghadapai semua pelawanan! Amin! Lu doakan jugak supaya team kitaorg menang treble lagi tahun nih! Amin! Mana tau doa lu untuk kebaikan team gua dia makbulkan! ..Amin!…:)

        Lu tengok la sendiri profil player2 yang team lu beli.. sorang 2 juta pound, sorang 100 ribu pound, membazir duit rakya johor jer…

        nah ini link dier…
        http://www.transfermarkt.co.uk/en/basics/spielervergleich/basics_8186_5982.html

      • Tambahan….

        Aik Apsal Si Simone Del Nero main untuk negeri sembilan pulak untuk 2013? Cuba lu check link nih..

        http://en.wikipedia.org/wiki/Simone_Del_Nero

        Penat-penat PBNJ buat pengumuman media massa habiskan duit beli player negeri Sembilan pulak dapat nama..

        Salah wikipedia ker salah media malaysia?
        Belum aper2 lagi dah tersilap…
        Macam ada alamat buruk jer yang akan berlaku kat mamat ni dan team diorang…
        huish takakan kot?…

        Saper la yang bole betulkan kekusutan nih? poning eden NOGORI ko JOHOR?

  2. Kepada saudara yusof. Harap bertenang. Jangan emosi sgt melayan monyet2 ni. Harap ringkaskan komen2 anda. Panjang sgt xlarat nk baca!

  3. apa nk bising2 brooo…biar la johor nk blanja bnyak mna utk kuatkan team dia….salah ke…smua team ada strategi masing2…kalu tk suka duduk diam2…jgn suka komen lebih2…blajo la hormat sikit perasaan org lain…

    • nk hormat perasaan bt ape?johor bkn hormat org lain pn…klu x xkn la pancing matyo time piala msia pn br msk separuh akhir…xkena wat cam2…ada duit pn klu manage xbtol xkemana pn team 2..

  4. 100k pound je..lg murah dr mat yo yg kononnye value juta2 tu..maybe lazio jual coz diorg nk beli mat yo kot..hehehe..lg pn wat pe nk bising2..johor pn dh lame x spent duit bnyk2 sgt utk setup team..tp pada aku,xyah la johor ambik mat yo tu..current performance x seberape,tambah plak tekanan dr supporter kelantan lg (siap gelar penderhaka),x bole nk main la mat yo jwbnye..bia la dia main kt kelantan je smpai bongkok 3..

  5. alahai..yg bising2 nie sume bnyk penyokong kelantan jerk..korg x yah nk bising2 la johor nk beli player ap pown..ingt team korg je pe nk mng setiap musim..adat ar permainan..ke korg x pnh tgk perpindahan player..mcm org ulu..

  6. Alahai…….selama ni team2 lain buat persiapan team Johor dan fans Johor tak dengki dan jeles pun….last Johor kuat zaman 91…….so sekarang 2012-13 kira2 dah dekat 21 tahun, kira2 worth la nk spend banyak pun……aku sebagai fans Johor tak dengki pun Kelantan ke Selangor ke Kedah ke sesapa ke yg nk amik2 player atau spend banyak2( aku rasa org Johor majoriti mcm tu) so bila Johor spend banyak dan dapat publisiti kenapa dengki?? Pasal kes Mat Yo aku pun rasa dia bukan bagus sgt….dtg ke tak datang ke tak de hal lah…tapi kita tgk je la session 2013, as fans Johor kalau dapat piala kira bonus la….tapi tak dapat tak de la nk bakar kerusi ke, baling nbotol ke, terbalik kenderaan polis ke….adat la bola….yg penting kita berusaha ke arah kejayaan….perangcangan kita, ketentuan adalah dari Allah SWT, so kurangkan lah sakit hati ….apa kecoh?!

  7. TMJ jgn bimbang …kafa ada cara sendiri utk ajar matyo…drpd bg kat negeri hang murah2 lbh baik kafa simpan matyo…gaji akan di kurangkan selama 1 tahun….akan di jadikan kambing hitam ,,,(player rezuk aje)…………nt thn 2014 bg free kat sape2 nk….johor nk free pun kita bg…..

    • maaf cakap kepada fan johor, bila tgk nadi arena semalam, kenyataan tmj agak angkuh, mempertikai kan nilai mato 6 juta dan seolah2 kafa nak ambik kesempatan. maybe sbb dia anak raja, tone pun agak angkuh. ye aku suka bila benda2 macam ni berlaku dalam bola malaysia, import mahal2 rating pun jadi naik. papepun gudluck utk johor & trw still maintain next season.

  8. Pingback: Simone Del Nero ikat kontrak setahun dengan Johor - Liga Super Malaysia

  9. control emosi la…..kita cuma kongsi pendapat….jgn benda yg kecik ni buat kita rasa menyesal bila dh nk mati nnti….(tbayng nama sipulan2 yg aku kutuk dulu masih blom minta maaf lg….nk mcm tu ke brooo)

  10. Apesal emotional sgt mamat sorg ni…chill la…jgnla emotional sgt…aku pun xbape suka style big spending teams ni…tgk man city, chelsea, real madrid, PSG…dorg sumer nk instant success…tp itulah reality…orang akan pergi kat tempat yang offer lagi banyak…

  11. Neway…better pray for GAZA!…

  12. Jujur cakap….mula2 teman nengok Del Nero ni teman terlintas yg bukan2…kurus semacam !!!

    • Teman pun rasa mcm tu….bleh ke dia org main dgn cara permainan bola kita yg sikit kasar….patutnya Johor cari je permain dari negara Asia….dulu pun ramai permain import yg menjadi berasal dari negara asia…tk perlu perlaburan yg besar pun…

  13. Berbalik pada big spending……..sebenarnya peminat Johor dari dulu sangat marah bila pengurusan lama PBNJ tidak aktif dan membiarkan pasukan Johor terperuk lama dalam Liga Perdana. Bagi fans Johor rasa malu pun ada, tapi apa nk buat masa tu kita tak de suara..internet pun zaman tu tak akttif macam hari ni. Bila TMJ ambil alih, beliau juga ada meluahkan hasrat beliau utk bina balik bolasepak Johor, jadik beliau membuat investment dan dalam masa yg sama utk melihat true anak tempatan etc menyinar ia akan mengambil masa. Jadik fans Johor amat teruja bila TMJ sanggup buat sampai macam ni utk kembalikan ‘feel’ bolasepak Johor. Tapi fans Johor sedia maklum,itu semua perancangan tapi tak semestinya terjemah dalam realiti…itu kuasa tuhan cuma sebagai fans Johor aku rasa terkilan sebab ada statement mcm bila dah invest juta2 ni..mesti dapat piala atau 3 piala, tak semestinya begitu…bermain bola atau minat bola ialah ‘passion’….mungkin Johor akan kalah kalau main dgn team yg moedal tak sampai sejuta? kalau begitu kita redha…yg penting kita berusaha ke arah yg terbaik….tak mungkin ada hasil tanpa berusaha

    • Betul cakap JoJo….pada pendapat saya Johor buat perlaburan yg besar mungkin disebabkan ramai peminat Johor dh bosan dgn prestasi pasukan Johor…team TTeam pun sedang buat perubahan besar…permain import TTeam…boating pun bagus gak…harap thn depan bolasepak tempatan jd makin menarik…

  14. Tp yg paling penting sokongan dari fan club….tk ada dia org hebat mna pun team tu….tk kan kemana…tk sabar plak nk tengok liga tempatan musim baru ni

  15. ya gaduh2 kat sini pun tak guna tunggu la season start baru boleh citer terrer ke tak

  16. Jangan kecoh2 la kawan. Ikutkan johor nak beli semua player dari luar malaysia, nasib baik FAM ade limit player import. HIDUP JOHOR !!

  17. apalah nak gaduh2 ni… macam budak tadika… tu lah budaya masyarakat malaysia… kalau org lain bagus skit, mula lah nak mengutuk, menghina dan mengata…. cubalah pikir positive sikit… dengan kehadiran dorang ni, Liga Malaysia akan turut mendapat nama dan memberi cabaran kepada Liga2 negara jiran kita seperti Indonesi, Thai, Singapore yg lebih maju kehadapan…
    #Proud to be Malaysian

  18. Pingback: Del Nero tinggalkan Johor Darul Takzim? | Sokernet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>