Terengganu vs PDRM
Piala FA Pusingan Pertama
18 Februari 2012

MUSLIM (kanan) tidak dapat diturunkan pada aksi pembukaan Piala FA malam ini kerana menyertai latihan pusat skuad Olimpik negara.MISI Terengganu untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA yang bakal membuka tirai- nya malam ini sedikit terjejas ekoran ketiadaan tiga tonggak pertahanan pasukan itu.

Jurulatih skuad Penyu, Mat Zan Mat Aris berkata, Terengganu yang juga juara bertahan akan turun menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa kelibat Muslim Ahmad dan Zubir Azmi yang kini sedang menyertai sesi latihan skuad Olimpik.

Malah, kecederaan yang menimpa Faizal Muhammad turut memberi kesan kepada jentera pertahanan pasukan itu yang kini bergantung sepenuhnya kepada khidmat pemain simpa- nan.

“Kita akan turun tanpa Muslim, Zubir dan Faizal di baha- gian pertahanan, manakala kedudukan Marzuki Yusof masih berada dalam keraguan ekoran kecederaannya.

“Sekarang ini saya perlu menggunakan khidmat pemain yang ada dan berharap mereka dapat membuktikan kemampuan masing-masing,” kata Mat Zan kepada Kosmo! semalam.

Sebagai percaturan, Mat Zan bakal menurunkan Hasmizan Kamaroddin di posisi pertaha- nan tengah, manakala pemain baharu, Hariri Mohd. Safii akan bertindak sebagai pertahanan kiri menggantikan tempat Zubir.

Jelas Mat Zan lagi, perlawa- nan menentang PDRM malam ini begitu penting dalam usahanya untuk memulihkan semangat para pemainnya ekoran aksi kurang menyakinkan yang dipamerkan dalam tiga perlawanan terakhir sebelum ini.

“Piala FA tidak sama dengan Liga Super kerana ia adalah perlawanan kalah mati.

“Jadi, kami tiada jalan lain dan perlu memenangi perlawa- nan malam esok (malam ini).

“Dalam masa sama, fokus daripada para pemain begitu diharapkan selain tidak memandang rendah kemampuan lawan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mat Zan yang pernah menjulang Terengganu dengan muncul juara Piala Malaysia pada tahun 2001 turut mengharapkan para penyokong skuad Penyu agar terus bersama pasukan tersebut.

“Saya tahu ramai penyokong meletakkan harapan kepada pasukan ini berdasarkan keja- yaan yang diraih sepanjang musim lalu.

“Hakikatnya, saingan musim ini sangat berbeza dengan kebangkitan pasukan-pasukan lain serta kehadiran ramai pemain import.

“Jadi, saya harapkan mereka sentiasa menyokong kami tidak kira apa juga keputusan yang diraih,” jelasnya.

Untuk rekod, Terengganu muncul juara Piala FA musim lalu selepas menewaskan Kelantan pada perlawanan akhir selain menduduki naib juara pada kempen Piala Malaysia dan Liga Super.




coded by nessus

Main topics: Piala FA

Sub topics: , , , ,


Readers Comments (0)