Terengganu Juara Piala FA 2011
Terengganu Juara Piala FA 2011
TERENGGANU bangkit dari ketinggalan satu gol untuk muncul juara Piala FA 2011 selepas menewaskan jiran Pantai Timur, Kelantan 2-1 dalam aksi dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Kelantan hampir meranapkan impian Terengganu apabila jaringan menarik Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 diranapkan oleh gol penyamaan hasil jaringan sendiri Mohd Daudsu pada minit akhir perlawanan sebenar untuk membawa perlawanan ke masa tambahan.
Nordian Alias muncul wira skuad Peteh apabila membolosi gawang Kelantan pada minit ke-109 untuk memastikan Terengganu muncul juara Piala FA 2011. [LIHAT VIDEO]
Tambah manis buat pasukan Terengganu apabila kapten pasukan, Marzuki Yusof diumum Pemain Terbaik perlawanan akhir Piala FA 2011.
Sementara itu, jurulatih Terengganu Irfan Bakti memuji pemain yang bangkit untuk menenangi perlawanan.
“Pemain berjuang sehingga ke minit akhir (masa sebenar) untuk mencari gol penyamaan dan mengheret permainan ke masa tambahan, seterusnya memenangi perlawanan,” katanya.
Jurulatih Kelantan, Karathu pula mengakui jaringan penyamaan pada minit akhir masa kecederaan, melemahkan semangat pemain.
“Apabila permainan berlanjutan ke masa tambahan, adalah sukar untuk pemain mengekalkan semangat seperti masa pada masa sebenar,” katanya.
Terengganu Juara Piala FA 2011
June 12, 2011 - 12:38 am
cepatnya update……….
Pingback: Keputusan perlawanan akhir Piala FA 2011 | Sokernet | Sokernet
Pingback: Piala FA 2011: Bukan rezeki Kelantan | Sokernet | Sokernet
June 13, 2011 - 4:39 pm
Tanniah kepada Terengganu kerana menambah koleksi Piala FA dan Kelantan cuba lagi untuk kejuaraan liga pula