Piala FA: Piya mahu tebus maruah Bojan Hodak

Kelantan vs Terengganu 2013

Separuh Akhir Piala FA 2013

KAPTEN Kelantan Mohd Badri Mohd Radzi berjanji akan mengemudi pasukannya mencapai kemenangan untuk menebus maruah jurulatih, Bojan Hodak, pada aksi separuh akhir pertama Piala FA, di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Mohd Badri yang lebih mesra disapa Piya, berkata Kelantan harus menang pada perlawanan tersebut memandangkan Hodak kini dikritik teruk bukan sahaja peminat, malah pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) gara-gara tidak memasukkan tonggak utama pasukan ketika menentang Johor DT dalam saingan Liga Super, minggu lepas.

Kekalahan 0-2 kepada Johor DT itu dipercayai berpunca daripada percaturan jurulatih dari Croatia itu yang hanya memasukkan tiga pemain iaitu Mohd Badhri, Indra Putra Mahayuddin dan Mohd Norfarhan Mohamad pada babak kedua perlawanan.

Menurut Piya Kelantan perlu mendapatkan jaringan awal bagi mengelak mereka bermain di bawah tekanan, sekali gus menyeru rakan sepasukan agar melupakan kekalahan dengan pasukan berstatus bintang itu.

“Saya percaya jurulatih ada perancangan beliau yang tersendiri ketika berdepan Johor DT minggu lepas. Beliau telah melakukan yang terbaik untuk pasukan dan kami akan pastikan segala kecaman yang dilemparkan terhadap beliau akan terhapus malam esok.

“Memang tak dinafikan kami masih kecewa dengan kekalahan kepada Johor DT masih lagi terasa, tapi kami perlu bangkit dan lupakan kekalahan tersebut dan memberi persembahan terbaik tanpa sebarang tekanan serta perlu mencari gol awal untuk bangkitkan keyakinan,” katanya.

Akhbar pada Jumaat melaporkan Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa mengecam tindakan Hodak menerusi laman sosial Facebook miliknya sejurus perlawanan itu berakhir dengan berkata ‘percaturan paling bodoh musim ini!’.

Akibat kenyataan tersebut, Hodak terus ditempelak peminat The Red Warriors yang pulang tanpa sebarang mata.

Bagaimanapun, Hodak mempertahankan tindakan beliau yang tidak memasukkan tiga pemain tersebut dengan alasan mahu beri mereka rehat mencukupi bagi menghadapi perlawanan dengan Terengganu dalam saingan Piala FA, malam ini.

-– Bernama

Related Posts

2 Responses to Piala FA: Piya mahu tebus maruah Bojan Hodak

  1. kalau main bagus, nanti taun depan cabut ke JDT. Tengoklah… kalauy x caya. Era pro… duit segala-galanya.

  2. pemaian dalam radar JDT, pia dan mahalel. Gaji RM 105 ribu.Sukar nak tolak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>