Pengadil tak ada kelas - Sathianathan
“Pengadil tidak ada kelas.”
Demikian rasa berang diluahkan pengendali Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B Sathianathan terhadap mutu pengadilan yang dilabelkan teruk ketika anak buahnya tewas 1-2 kepada Sime Darby FC pada pusingan pertama Piala FA, kelmarin.
Bagi beliau, pengadil perlawanan Suhaimi Mat Hassan tidak mengendalikan pertemuan itu dengan baik sehingga menyaksikan beberapa peluang barisan pemainnya menjaringkan gol dinafikan begitu saja.
“Saya sempat melihat rakaman perlawanan itu dan mendapati kami sepatutnya dihadiahkan sekurang-kurangnya satu sepakan penalti. Malah pengadil hanya melayangkan kad kuning kepada pemain lawan walaupun jelas mengasari Marlon Alex James.
“Apa lagi yang boleh saya katakan? Orang ramai tak buta, saya pun tak buta.
“Sepatutnya pada perlawanan seperti ini kita meletakkan pengadil berpengalaman. Ini tidak, saya pun tak kenal siapa pengadil itu,” katanya.
Bagaimanapun Sathianathan akur dengan badi yang dilaluinya bersama ATM apabila tersingkir awal pada saingan Piala FA selama tiga musim berturut-turut.
“Malah sejak membimbing Kelantan, saya juga mengalami perkara sama. Ini mungkin sudah nasib saya, apa nak buat,” katanya.
Namun, beliau juga menyalahkan anak buahnya kerana gagal beraksi dengan baik dan mensia-siakan banyak peluang terhidang.
“Saya memang kecewa dengan prestasi mereka dan pasti akan menggugurkan beberapa pemain,” katanya
January 23, 2014 - 9:33 pm
Pengadil tak ada kelas mesti masuk kelas semula tapi sklh den takda kelas kosong. Tak dapek lah den nak nolong.
January 26, 2014 - 9:43 am
KALU DAH KALAH TU TERIMA AJE LAH
NI KALU MENANG TAK KOMEN PON MASALAH MUTU PENGADILAN TAPI BILO KALAH MULALAH MENUNJU JARI KAT ORANG MACAM LAH KITA TU ELOK SANGAT..??
BAIK PERBETULKAN KESILAPAN SENDIRIDARI ASYIK MENYALAHKAN ORANG LAIN.. SEDAR-SEDAR LAH SIKIT SAPA LAH PASUKAN ATM TU..??
JUARA LIGA SUPER..??
JUARA PIALA MALAYSIA..??
JUARA PIALA FA..??
January 26, 2014 - 7:52 pm
agen judi bola, agen judi bola