PBNJ ulangi pendirian FAM tidak adil
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) tetap dengan pendirian bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) tidak berlaku adil terhadapnya.
Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd Fahmy Yahya, berkata ketetapan itu dibuat berikutan keputusan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan FAM untuk perlawanan tertunda di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi, membuktikan ia jelas memihak kepada PBNP.
Ini, katanya kerana PBNP masih diiktiraf sebagai tuan rumah sekali gus memperoleh hasil kutipan daripada penjualan tiket walaupun sepatutnya dihukum atas apa yang berlaku di Stadium Darul Makmur, Selasa lalu.
Khairy: FAM tak adil beri ‘hadiah’ kepada Pahang
PBNJ menghormati keputusan Jawatankuasa Pertandingan FAM untuk perlawanan semula di stadium berkecuali, tetapi kecewa kerana keputusan itu jelas memihak kepada Pahang.
PBNP masih diiktiraf sebagai tuan rumah yang akan menerima hasil kutipan penjualan tiket, sedangkan sepatutnya persatuan itu dihukum kerana gagal menjamin tahap keselamatan pada perlawanan yang seharusnya diadakan di Stadium Darul Makmur, Selasa lalu, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.
Beliau berkata, PBNJ mempersoalkan agihan kuota tiket kerana ia terlalu berat sebelah sehingga persatuan itu terpaksa menghantar wakil membeli 5,000 tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Sehingga tengah hari semalam, kami menerima laporan hanya 40,000 tiket saja dapat dijual oleh PBNP dan di Bukit Jalil.
Ini menunjukkan bahawa sekiranya pihak PBNP berlaku adil dan memberi kuota jualan tiket kepada PBNJ, kami yakin jualan tiket akan bertambah berdasarkan permintaan oleh penyokong Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Larkin, sebelum ini, katanya.
Sehubungan itu, katanya PBNJ berharap FAM meneliti keputusan yang dibuat dan adakah ia sudah menghukum PBNP dengan sewajarnya atau memberikan mereka ruang untuk mengaut keuntungan.
June 2, 2013 - 8:36 am
Pembahagian tiket 20/60. Walaupun penyokong Phg yg hadir tak sampai 50 ribu.Mana adilnya.KAN DAH KALAH
June 2, 2013 - 9:17 am
Kalau bagi kat JDT 60,000 tickets saya pasti bergegar stadium Bukit Jalil. FAM nak kasi Pahang buat duit utk bayar denda 100K. Tarik tangan kanan hulur tangan kiri. FAM officers should step down, they are a bunchs of shit.
June 2, 2013 - 1:47 pm
Agreed with Kamal.A FAM official is a bunch of shits… Kaki Ampu…
June 2, 2013 - 4:25 pm
Phg dpt 60,000 tket n Jhr dpt 20,000 tket tp tiket yg dijual cuma 5,000 aje kt Bkt Jalil. 15,000 tiket lg penyokong JDT tbus balik yg beli ms kt Phg haritu.Aku dtg Bkt Jalil tp tiket utk JDT da abis,yg ada hnya tket utk Phg aje.Tp bl tgok kt tv stadium kosong, memang rs nk mencarut la aku…
June 2, 2013 - 5:36 pm
20,000 tiket bukan khas untuk fans JDT. Ia untuk jualan umum. Saper2 pun boleh beli.
June 2, 2013 - 7:38 pm
yup btol
June 2, 2013 - 7:22 pm
pbnj patut dpt 300 jer… away game…
June 3, 2013 - 8:11 am
300 tu liga fam bule ler…kikikik….ala bnyk pun klu seunyi sepi senyap selinap baik dok umah jek.time gol baru nak sorak watpe….kikikik romen lg best.