Pakej gaji Mat Yo dengan Kelantan RM800 ribu
Mat Yo mungkin kekal dengan Kelantan jika Johor tolak syarat KAFA
NORSHAHRUL atau Mat Yo mungkin kekal bersama Kelantan jika Johor tidak bersetuju dengan syarat dan terma perpindahan yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan (KAFA).
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata KAFA terpaksa menanggung kos berjumlah hampir RM1 juta termasuk pemberian insentif ketika mengikat kontrak selama dua tahun dengan pemain itu pada tahun ini.
Mat Yo, yang dipilih sebagai ‘Pemain Paling Bernilai’ dalam anugerah bola sepak kebangsaan 2012 baru-baru ini, masih mempunyai kontrak selama 13 bulan dengan persatuan itu.
Annuar berkata nilai pakej gaji Mat Yo untuk dua tahun berjumlah RM800,000 tidak termasuk bonus antara RM70,000 dan RM80,000 setahun.
“Kita kena hitung kos untuk menanggung Mat Yo bukan sahaja gaji tetapi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pemberian khusus setiap kali menang anugerah selain pemberian gratuiti.
“Mat Yo kahwin kita bagi hampir RM100,000. Itu semua kos yang kita terpaksa kira,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perarakan tiga piala di pejabat Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan, di sini, hari ini.
Musim ini, Kelantan memenangi tiga kejohanan iaitu Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nilai, syarat serta terma yang telah disertakan dalam surat tawaran kepada Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berhubung urusan perpindahan Norshahrul.
Beliau berkata KAFA bersetuju melepaskannya untuk menyertai Johor dan semuanya bergantung kepada persetujuan antara kedua-dua persatuan negeri itu.
Perpindahan Mat Yo, pemain paling bernilai untuk tiga tahun berturut-turut itu, mencipta polemik apabila timbul khabar angin mengatakan PBNJ sanggup membayar yuran perpindahan sebanyak RM1 juta kepada KAFA bagi membolehkan Mat Yo beraksi bersama pasukan Johor pada musim hadapan.
Annuar berkata polemik perpindahan Mat Yo juga menyebabkan reaksi negatif daripada beberapa penaja ‘The Red Warriors’ berikutan khabar angin mengatakan Kelantan tidak mungkin menjuarai sebarang kejuaraan pada musim hadapan.
“(Perkara ini) sudah mula menjejaskan rundingan yang sedang berjalan serta penaja yang ada sekarang. Kita mungkin hilang dua atau tiga penaja disebabkan ini.
“Kalau kita kata kerugian sampai RM6 juta, takkan nak minta dengan Johor sampai RM6 juta?. Kita terpaksa ambil pendekatan yang munasabah. Masa sama, kita pun tak boleh nak menanggung kerugian,” katanya.
- Bernama
November 14, 2012 - 9:04 pm
ok..sekarang, johor sanggup ke tidak..
November 14, 2012 - 9:51 pm
Sanggupkah Johor untuk mendapatkan matyo, dgn tag price sebegitu dp Kelantan? Jika ianya menjadi kenyataan, sudah pasti ianya bakal menjadi satu sejarah dan membuka lembaran baru yang lebih menarik dlm arena bola sepak tanahair. Johor akan balik modal sekiranya mendapatkan matyo dgn penjualan jersi dn juga kemasukan penaja sekiranya johor secara agresif meningkatkan usaha pemasaran dn pnjenamaan semula. Win-win situation. Kelantan dapat duit, matyo dapat duit, johor dpt reputasi.
November 14, 2012 - 9:59 pm
Aku tak sabar nak tengok trw main tanpa mat yo. …. Kerana nak buktikan pada semua trw boleh lebih berjaya tanpa mat yo. ….. Johor dan TM ambillah mat yo kerana kamu nak dia sangat … Jgn buat U turn ….. Kalau buat maknanya mat yo teraniaya. ….. Dan mat yo pelajarilah apa yg patut kalau pbnj tak ambil kamu …. Lain kali jgn percaya sangat pada orang dan jgn sesekali buat angkara dan bisiing bising dlm media lagi.
November 14, 2012 - 10:56 pm
Kawe raso takdok hal.. pun tanpa mat yo.. pasal season 2012 berapa sgt dia score.. Nampak jelas ultraman farhan lebih bersemangat untuk bantu kemenangan..lagipun mat yo dah pandai nampak duit dari semangat berpasukan … dia rasa dia paling hebat.. tgulah.. kel lwn johor le….jawapannya…
November 14, 2012 - 10:58 pm
PBNJ dan FAMa sepesen je. Kaki putar belit dan pelingkup. Korang suka buat haruk kat bolasepak Malaysia.
November 14, 2012 - 11:26 pm
tu la matyo gopoh sgt, patut wat kecek kiro dulu nga tsam. ni dok ggadoh gi oyat ko media, kalu johor tok jadi nyanyo. sek trw keduh hati doh..
November 14, 2012 - 11:45 pm
kalu x jd g johor gaji akan d potong 20%….matyo akan di gunakan sbg pemain rezuk….matyo boleh isi perut sapa bulat…..season2014 kita lps free matyo….ini sbg denda kerana bertindak tidak mengikut cara yg betul
November 15, 2012 - 12:25 am
Mat yo di umpan dengan cacing. sudah termakan umpan susah la. Sepatutnya dia bijak mengawal keadaan. sedar diri masih dalam contract. sepatutnya minta pbnj setel dgn kafa sendiri. pastu duk diam2. bukan heboh mintak di lepaskan.
November 15, 2012 - 7:53 am
Kalu tak jadi gi Johor gak
Parak la mu mat yo…
Tahun depan bykan panas bangku simpanan la mu…
Kelip pah kelip pah…
Pah tu 2014 TRW tak sir doh mu
Mu bole la nak gi Mano pun…MAN U ke
Kelab Hong Kong ke…
Team kat Malaysia mayb tak sir mu doh
Dah 2013 mu tak Leh tunjuk terer dah main…
Pah tu mesti mu nyesal
What to do rice has turn to porridge
November 15, 2012 - 8:52 am
klante k,lu x nk mat yo kuar byar la gaji lbih ape yg ditawarkn jhor..ke x mampu byo,
November 15, 2012 - 9:40 am
Johor , kalau x mampu bayar duit transfer. jgnlah pancing Mat Yo. Ayat ni patut kuar dulu
November 15, 2012 - 9:42 am
Kelate xhalang matyo nk kuar. Cuma skrg johor sanggup ke byr utk dptkn matyo? Jawab yg ni dulu.
November 15, 2012 - 12:38 pm
ambo stju dgn gaban…panas la punggung dok atas bangku he he…bak kata yoyo rice has turn to porridge…he he..
Pingback: » Nilai sebenar Mat Yo RM6 juta - Annuar | Sokernet
November 15, 2012 - 1:56 pm
sek2 kito nt tgk apo jd nt…lau pbnj n tm xambik matyo mknenye xgntlemen hehehe matyo kn jd kmbing ite r nt kow guane???
November 16, 2012 - 10:26 pm
gapo dio gak mek gee wei
November 15, 2012 - 10:31 pm
johor acah2 jer nak beli mat yo…saje nak bagi team budu huru hara muahahaha
November 15, 2012 - 10:35 pm
matyo matyo….”sselu selar” jugak khijaan demo…..ni
lah padahnya…kan dulu elok kalau ada sikit kesabaran……
November 16, 2012 - 3:14 pm
tsham siap mintak balik eh duit kahwin?.patotnye x yh ckp lh pasal belanja kawin.
800k tu 2 tahun. tp kontrak tinggal lg setahun.mahal jgk.
harap2 johor amik ke lh matyo.
kesian plak aku tgk matyo tu.
pastu buktikan pd org2 kelate yg anda bkn sampah..hahaha..dh mcm drama melayu swasta.
November 16, 2012 - 4:24 pm
Mat yoo nasi dah jadi bubur, itu lahakibatnya bila durhaka pada perjanjian, namun masih boleh dimakan sebagai makanan tambahan, kalau aweaji dok kat tsham bubur tu ku buang aje, kerana nak makan esok tak sesuai lagi,lainlah kalau masih nasi masih boleh digoreng mungkin lagi sedap.
November 21, 2012 - 11:11 pm
aku rasa tergelak dengan kau orang semua liga Malaysia mestilah sesuai dengan standard kita rangking ke berapa ye… tak timbul derhaka..masing-masing punya rezeki….bola bulat…Brazil pun boleh kalah… lain kali buat team sendiri pilih budak darjah satu bela sampai 18 tahun.. kan bagus
November 21, 2012 - 11:18 pm
Aku rasa Kau sesuai la jadi pembantu jurulatih untuk K Rajagobal
Tapi Kau kena Tukar Nama la sikit Dari Jackbean
J MrBean
November 21, 2012 - 11:38 pm
Bukan semudah ABC…nak jadi pembantu..kena ada lesen dulu…sorry ye..ingat nak bina pasukan kuat mula dari awal contohi pasukan Denmark 1986…tengok sejarah
November 22, 2012 - 12:07 am
Kalau Macam tu Anda jual ABC la
Dah Ada bean tu taruk lebih Dalam ABC
November 22, 2012 - 12:37 am
Cerita pasal bola bro..tukar tajuk ABC pulak nampak sangat..tak faham
November 22, 2012 - 12:39 am
Bro..tahu ke sejarah Denmark tahun 1986…tengok balik buku… jangan main cakap je
November 22, 2012 - 8:23 am
Dari seorang penjual ABC
Jadi Cikgu sejarah pulak jackmrbean ni
Tahu tak sejarah asal usul bolasepak ni Cikgu?
Permainan ’sepak-menyepak’ di England dicatatkan seawal 1300-an, yang ketika itu hanya dimainkan dengan menendang kepala musuh yang dipancung. Pada zaman pertengahan, ia kemudiannya berkembang menjadi permainan bola yang membolehkan pemainnya menendang, menumbuk, menggigit dan memukul. Setelah permainan tersebut menjadi ganas, ia telah diharamkan oleh King Edward ke III, manakala di Scotland, King James I telah mengharamkannya pada 1424.