Owona, Forkey Doe menang kasut emas Liga Super 2012

DUA pemain import Liga Super, Francis Forkey Doe, dari Terengganu dan Jean Emmanuel Effa Owona (Negeri Sembilan) dinobat sebagai pemenang kasut emas sebagai Penjaring Terbanyak Liga Super 2012 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini apabila mengumpul 15 jaringan sepanjang saingan liga.

Menjadi tonggak utama pasukan Terengganu, Forkey Doe yang berasal dari Liberia menyifatkan kemenangan itu bukan kejayaannya seorang.

Sebaliknya, beliau yang Lebih gemar bergerak dalam satu pasukan menganggap kejayaannya merangkul kasut emas adalah milik bersama skuad Penyu.

“Pencapaian ini merupakan penunjuk kepada prestasi saya dalam pasukan. Jika tidak mengalami sebarang kecederaan, sudah tentu saya mampu melakukan lebih banyak jaringan.

“Saya juga amat berterima kasih kepada pasukan Terengganu dan juga penyokong yang sentiasa bersama kami,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM Kelana Jaya hari ini.

Gembira beraksi bersama Terengganu meskipun skuad Penyu hanya berada di tangga kelima liga, Forkey berharap dapat membantu Terengganu dalam saingan Piala Malaysia nanti.

Sementara itu, penyerang pasukan Liga Perdana, PDRM, Khairul Izuan Abdullah, muncul pemain terbaik dengan 23 jaringan.

Berhasrat untuk beraksi dengan pasukan Negeri Sembilan sebagai pemain pinjaman dalam saingan Piala Malaysia, pemain kelahiran Kedah ini berharap perbincangan pihak pengurusan dengan skuad Jang itu berpihak kepadanya.

“Ada tiga pasukan yang menyarakan hasrat untuk meminjam saya bagi membantu mereka dalam saingan Piala Malaysia nanti, namun minat saya lebih kepada Negeri Sembilan kerana mereka mempunyai pasukan yang kuat dan juga berpotensi untuk berjaya,” katanya.

Selain mengumumkan pemenang kasut emas, FAM hari ini turut menyampaikan pingat dan juga piala beserta hadiah wang tunai dan insentif berjumlah RM5,445,616 kepada pasukan Liga Malaysia musim ini. — Sinar Harian

Related Posts

3 Responses to Owona, Forkey Doe menang kasut emas Liga Super 2012

  1. Tahniah Doe & Effa…

  2. Seorang dpt sebelah kasut? Mcm pelik je. Kalu 3 orang berkongsi jumlah jaringan macammana pula? Xkan dpt tali kasut pula. Elok dilihat juga jumlah minit permainan kalau berkongsi jaringan.

  3. effa tak dtg mase ni…congrate effa n doe…dpt sorang satu kasut ke?kekekekke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>