Negeri Sembilan rayu FAM longgar syarat pemain import
PERSATUAN Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) yang dikatakan terperangkap berhubung syarat pengambilan seorang pemain importnya, merayu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya dapat melonggarkan syarat tersebut.
Presiden PBNS Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Menteri Besar berkata walaupun pemain importnya Marquen Nuquen Gocalves Ferreira pernah bermain di J-League, Jepun tetapi beliau kemudiannya kembali ke negara asalnya untuk bermain dengan kelab Divisyen 3.
Keadaan ini bertentangan dengan syarat pengambilan pemain import bagi kejohanan Liga Malaysia 2012 iaitu kelab terakhir dari negara Amerika Latin, Afrika dan Eropah mestilah dari Divisyen 1 atau 2 manakala bagi Asia, mestilah Divisyen 1.
“Jadi kita terperangkap di sini sebab sudahlah pemain tidak boleh dapat, kita kena bayar pula gajinya dan kalau kita nak tamatkan kontraknya, nanti dia bawa ke mahkamah dan kita kena bayar gajinya selama setahun.
“Saya harap FAM janganlah cepat kata, kita tidak boleh merayu. Yang penting kita nak bersama demi kebaikan bola sepak negara ini,” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad sebelum ini menegaskan tidak ada ruang untuk sebarang rayuan kerana semua syarat sudah lama ditetapkan dan perlu menunggu waktu pendaftaran kedua iaitu April tahun depan untuk mengambil pemain import baru.
Mohamad berharap FAM dapat mempertimbangkan perkara itu walaupun keputusan muktamad telah dibuat.
“Ini adalah kali pertama kelab dan persatuan diarahkan untuk menguruskan sijil pemindahan pemain kita sendiri. Tapi saya harap FAM dapat menimbangkan perkara ini walaupun pintu telah ditutup,” katanya.
Beliau juga berkata jawatankuasa peperiksaan, pemantauan dan ketelusan FAM mesti bersidang sebelum pendaftaran pemain ditutup.
“Kalau jawatankuasa itu bersidang sebelum pendaftaran ditutup, bermakna kita ada ruang lagi untuk kita berunding dengan pemain import yang lain. Yang pentingnya kita tidak tandatangani kontrak dengan dia.
“Tapi sekarang kita sudah tandatangan kontrak setahun dan kita sudah bayar pula yuran ejen sebanyak US$35,000 dan jawatankuasa ini baru bersidang dua hari lepas, dia kata tak boleh main, matilah kita.
“Jadi berilah kelonggaran untuk kali ini. Beri peluang kepada persatuan dan kelab, silap kali ini OK, kita bayar denda kali ini pun tak apa. Tapi jangan denda kita dengan berkata pemain tidak boleh bermain,” katanya.
Mohamad berkata beliau tidak mengkritik FAM tetapi sekadar memberi cadangan untuk memeriahkan industri bola sepak negara.
Katanya PBNS telah mengemukakan surat rayuan kepada FAM untuk mempertimbangkan rayuan mereka.
December 24, 2011 - 11:55 pm
hadoiiiiiiiiii..ptutnya fam da xamek pemain import.kl ade pemain import,bila la pemain kite nk improve dpermainan die..bola malaysia br nk naik smula..so arap fam hentikan smula pgambilan pemain import.
December 25, 2011 - 12:59 am
Ala, rgister jela bulan April nnti..
kn die bkak blik utk rgister player bru
December 27, 2011 - 10:48 pm
mmg slh pbns. tp bg sdkit pluang untk pbns kali ni. andai hal ni trjadi kt pskn slngor or klntan,mgkn xkn ade ptikaian. hrp fam bg sdikit klonggaran.
December 29, 2011 - 11:18 am
FAM dah bg tau awal2 rules utk player import…yg pi amik gak naper…
December 30, 2011 - 3:15 am
ramai x nak N9 gi final sbb takut kalah