Safiq Rahim julang Selangor

SELANGOR kembali merampas kedudukan sebagai pendahulu Liga Super 2011 daripada Terengganu selepas menewaskan Perak 1-0 pada aksi di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kapten skuad negara, Safiq Rahim muncul wira The Red Giants apabila meledakkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-68, sekali gus menghalang hajat Perak untuk kembali menerajui liga.

Kejayaan ini menyaksikan skuad kendalian K. Devan itu mengumpul 26 mata, dua mata mengatasi Terengganu yang mengutip 24 mata setelah menang 1-0 ke atas Felda United malam kelmarin.

Sementara Perak pula yang menang 4-0 ke atas Kelantan pada aksi sebelum ini, berada di tangga ketiga dengan 22 mata selepas dua kekalahan.

Satu lagi pasukan dari Pantai Timur, Kelantan pula masih kekal di tangga keempat dengan 21 mata meskipun diikat tanpa jaringan oleh Sabah dalam perlawanan di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV semalam.

Kedah pula turut terikat 21 mata dengan skuad The Red Warriors itu setelah berjaya menewaskan Pahang 1-0 di Stadium Darul Aman, namun berada di tangga kelima menerusi perbezaan jaringan.

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pula menyaksikan pasukan tuan rumah mengalahkan T-Team 3-1.

Negeri Sembilan pula terus ditimpa malang apabila tunduk 2-3 kepada Perlis pada satu lagi aksi di Stadium Utama Negeri, Kangar.

Di Stadium JCorp, Pasir Gudang pula menyaksikan Johor FC tumbang 0-1 di laman sendiri kepada skuad Harimau Muda.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>