Piala AFC: Kelantan sedia sahut cabaran
Kelantan perlukan pemain import untuk hadapi cabaran Piala AFC
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan menggunakan khidmat dua pemain import untuk memperkuatkan skuad Red Warriors dalam menghadapi saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tahun hadapan.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, KAFA memerlukan khidmat pemain import kompetitif bagi mengelakkan pasukan itu menjadi skuad belasahan bila berdepan pasukan terbaik benua Asia.
“KAFA akan mencari pemain yang mempunyai kemampuan untuk bersama skuad Kelantan dan mereka akan diuji terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita, di Petaling Jaya hari ini.
Terdahulu, beliau menerima Piala Liga Super yang dimenangi Kelantan selepas skuad The Red Warriors mengumpul 56 mata, tiga mata di hadapan Terengganu yang mengutip 53 mata dan Selangor, 52 mata daripada keseluruhan 26 perlawanan.
Annuar, yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), berkata, persatuan sanggup mengeluarkan dana yang lebih bagi mencari pemain berkualiti. – Bernama
July 9, 2011 - 12:38 am
Boleh tak sesiapa ulaskan kenapa Kelantan hanya disenaraikan dalam AFC Cup dan bukannya AFC Champions League seperti Juara-Juara Liga Asia lain? Setidak-tidaknya adakan pertandingan Pra-kelayakan Champions League seperti di UEFA.
July 9, 2011 - 8:18 am
mcm ni en. Ken, di peringkat asia terdapat 2 kejohanan iaitu AFC Champions League, AFC Cup, & AFC President’s Cup. AFC Champions league tuh di khususkan untuk negara2 “matang”, manakala AFC cup tuh untuk negara2 membangung macam malaysia. so negara kita hanya layak hntr wakil ke peringkat AFC cup jeh. info ni dapat kat http://en.wikipedia.org/wiki/AFC_Cup lebih kurang laa…
July 9, 2011 - 10:55 am
Terima kasih ren atas penjelasan atas. Tapi rasa sayang sekali tak dapat saksikan Juara liga kita bersaing sesama juara-juara Asia lain. Saya rasa tiba masanya AFC buat perombakan dalam format yg ada sekarang yg nampak tidak memihak kpd negara2 membangun seperti Msia kerana tidak dapat faedah atau pengalaman bersaing dengan juara2 lain. Macam mana negara2 membangun mempertingkatkan mutu bola sepak kalau tidak diberi peluang bersaing dalam pertandingan yg lebih tinggi?
Yg penting sekali, kenapa FAM tidak buat komplen sedangkan ibu pejabat ada di KL.
July 9, 2011 - 11:08 am
inilah yg liga m perlukan pemain import untuk bersaing… harap pemain tempatan baik x payah
December 9, 2011 - 2:11 am
kalau xhrpkn pemain tempatan.kita nk hrpkn org asing ke?
January 23, 2012 - 6:49 am
bukan sebab negara matang tapi sebab ikut ranking negara dan market value liga2 yang layak untuk main di AFC champions league…