Peter Butler letak jawatan?

Peter Butler KelantanJURULATIH Kelantan, Peter Butler akan meletakkan jawatan, besar kemungkinan sebelum hujung bulan ini.

Khabar tentang kemungkinan Butler akan meletakkan jawatan diberitahu beberapa jam sebelum perlawanan hari Selasa dengan Selangor di Stadium Bukit Jalil dan difahamkan bahawa walaupun Kelantan yang penuh dengan pemain berbakat dan menduduki tempat teratas Liga Super Malaysia, Butler akan meletakkan jawatan lebih awal dari yang dijangkakan kerana terdapat campur tangan pihak atasan Kelantan FA.

Sumber-sumber dari Kelantan telah mendedahkan bahawa Butler yang kini menjadi jurulatih di Kelantan untuk kedua kalinya, sangat tidak senang dengan gangguan dari Presiden Kelantan FA, Tan Sri Annuar Musa di mana beliau telah menandatangani dan membatalkan pendaftaran pemain import tanpa meminta pandangan Peter Butler yang memegang jawatan sebagai jurulatih pasukan.

Tan Sri Annuar Musa yang kini juga Timbalan Presiden FAM dipercayai mahukan peranan yang lebih dalam pemilihan pasukan, dengan sumber-sumber mengatakan bahawa beliau hanya akan mendapat peranan itu jika Butler bukan lagi jurulatih kelab.

Menurut sumber-sumber ESPNSTAR.my, Kelantan sudah memulakan pencarian pengganti Butler dan bekas jurulatih Kelantan Dato’ M. Karathu dikatakan akan kembali menjadi jurulatih pasukan Kelantan.

Pendedahan mengejutkan ini diberitahu hanya beberapa hari selepas Kelantan kembali ke puncak Liga Super Malaysia selepas menang 2-1 dengan Terengganu di Kota Bharu. Kemenangan itu dikatakan berjaya menafikan segala kririkan hebat terhadap kewibawaan Butler sebagai jurulatih.

Peter Butler letak jawatan

Related Posts

6 Responses to Peter Butler letak jawatan?

  1. kick politician out of football……

  2. Aku rasa ada sbb lain lagi…Knp M Karathu jgk yg dicari???Adakah sbb dia sentiasa ikut telunjuk anuar musa???Mmmm aku kompius dgn bolasepak…

  3. ape pon diharap agar para pemain tidak terganggu kosentrasinya dan menumpukan match akan datang walaupun berlaku sebarang pertukaran jurulatih. sperti yg dilihat smlm nwoah tidak bgitu menyengat di bahagian serangan pada aksi pertamanya semalam..

  4. Anuar musa gilo kuasa…

  5. Kau orang ni malampau la, Sapa nak tengok pasukan merudum ! serupa jugaklah dengan Annuar Musa,dia risau tu dalam situasi sekarang,dia pun pandai juga tengok bola begitu juga dengan penyokong TRW ada yang pandai dan ada yang tak pandai main,tapi hakikatnya kemenangan semata yang diingininya - itu feel manuasia,kenalah faham sikit! Kalau Jurulatih Butler tak ada masalah masakan Annuar Musa ambil berat (bukan kacau)demi reputasi TRW tak salah kan? kita orang luar bukan tahu sangat masalah gejolak perasaan orang dalam !!!! Anuar Musa bukan orang bodoh,kita yang bodoh tahu caaaaaaaakap aja!!!!!! pandangan bernas jauh sekali !!!!!! eh… nak bagi pandangan bernas guano gak moga bodoh !!!!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>