Peter Butler anggap tindakan KAFA tidak adil

JURULATIH Kelantan, Peter Butler akui kecewa dan sedih selepas di’gantung’ oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Peter Butler telah digantung oleh KAFA bermula pada 23 Februari walaupun beliau telah membawa Kelantan ke puncak Liga Super dan mara ke pusingan kedua Piala FA.

Pengurusan KAFA memaklumkan bahawa mereka telah merehatkan Butler dari segala aktiviti berkaitan bola sepak dengan pasukan Kelantan.

Bagi Peter Butler beliau kini hanya mahu menamatkan isu berkenaan dengan penun bermaruah.

“Kelihatannya jelas saya dikritik. Saya tidak akan mendedahkan segalanya tetapi saya telah membawa pasukan saya ke puncak liga dan semua ini yang berlaku agak tidak adil buat saya,” kata bekas pemain West Ham United itu kepada akhbar Today.

“Saya sedih dan kecewa tetapi saya sedang cuba untuk belajar dari pengalaman. Saya akan minta nasihat dari peguam saya dan menyediakan respon yang bermaruah dan kenyataan benar tentang apa yang sebenarnya telah berlaku,” tambahnya lagi.

Butler telah diarahkan untuk memberikan penjelasan kepada pengurusan selepas beliau memberitahu pihak media bahawa beliau tidak mempunyai hak dalam pemilihan pemain import.

Isu itu kelihatannya telah menyebabkan pertelingkahan antara Butler dengan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa.

Sumber-sumber mendedahkan bahawa bekas penolong jurulatih Shandong Luneng, Bojan Hodak adalah antara calon untuk menggantikan Butler yang masih belum meninggalkan jawatannya.

“Saya tidak mahu komen tentang Bojan ataupun Annuar Musa. Ini sudah menjadi kes undang-undang. Jika mereka tidak mahu saya lagi, saya faham, tetapi saya mempunyai 19 bulan lagi dalam kontrak saya. Saya akan mengambil masa untuk berfikir bagaimana saya akan respon kepada mereka,” kata Butler.

Pengurus Kelantan Azman Ibrahim memberitahu Sinar Harian bahawa Butler masih lagi keutua jurulatih tetapi akan direhatkan sehingga Butler memberi penjelasan dan penolongnya Zahani dan Sidek akan memikul tugasnya sementara itu.

“Kelantan kini dalam masa yang penting. Kami bertemu Negeri Sembilan dalam liga pada 4 Mac dan pasukan dari Vietnam, Navibank Saigon pada 7 Mac dalam Piala AFC. Dalam masa seperti ini, anda tidak seharusnya merehatkan jurulatih anda,” kata Butler.

“Saya jurulatih yang teratur dan tekun dalam melakukan tugas saya. Kini saya hanya mahu hal ini tamat dengan penuh maruah.” — ESPNstar

Peter Butler menghilangkan diri?

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menggesa Ketua Jurulatih Kelantan, Peter James Butler pulang ke Kelantan secepat mungkin selepas menghilangkan diri sejak seminggu lalu.

Desas-desus masalah antara Kafa dan Butler hangat diperkatakan selepas jurulatih Kelantan dikatakan tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan Kafa yang membuat keputusan tanpa merujuk kepada dia terlebih dahulu.

Tan Sri Annuar mengakui terdapat masalah antara Kafa dengan Butler, namun menegaskan isu tersebut tidak akan selesai selagi dia menghilangkan diri.

Selain itu, Annuar juga menyifatkan krisis antara Buler dan Kafa hanya di peringkat pengurusan dan boleh diselesaikan dengan baik.

Sementara itu, pihak Kafa telahpun melantik bekas jurulatih UPB-MyTeam sebagai Bojan Hodak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Al-Hambra Red Warriors (Army).

Namun, Annuar enggan memberi komen samaada Bojan bakal mengambilalih tempat Butler sebagai jurulatih Kelantan selepas ini. — Arena.my

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>