Perak uji tiga pemain Afrika
Tiga pemain Afrika berlatih bersama Perak awal Mac
TIGA pemain dari benua Afrika akan turun berlatih bersama skuad Seladang mulai awal bulan depan bagi mengisi kuota pemain import dalam pendaftaran kedua yang dibenarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
“Kami tidak memberikan sebarang harapan kepada mereka, tetapi tetap menerima mereka untuk menjalani latihan bersama skuad sedia ada,” kata Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.
Bercakap kepada pemberita di Ipoh hari ini, beliau berkata keputusan berhubung pemilihan pemain import itu akan dibuat sehingga akhir tempoh latihan.
Zainol berkata pada masa ini pengurusan pasukan Liga Super tidak bercadang menggugurkan mana-mana pemain import sedia ada kerana pertandingan masih di peringkat awal.
Beliau berkata pasukan Perak hanya tewas dua dari enam perlawanan Liga Super. — BERNAMA
Luahan Perasaan