Negeri Sembilan kekal penguasaan

NEGERI Sembilan menepati status sebagai pasukan pilihan apabila merakamkan kemenangan kedua di Stadium Paroi dengan menjinakkan T-Team 3-1, malam tadi.

Kemenangan itu meletakkan skuad Hoben Jang Hoben itu di tangga teratas selepas dua perlawanan dengan mengutip enam mata maksimum.

Pemain veteran, Idris Karim meletakkan skuad pelawat di hadapan apabila menanduk masuk gol pertama berpunca sepakan sudut pada minit ke-27, namun T-Team berjaya menyamakan kedudukan menerusi Rosdi Talib.

Namun, Negeri Sembilan tidak rela kehilangan tiga mata dan ia terbukti menerusi gol kedua melalui penyerangnya, Firdaus Azizul yang menanduk masuk, sekali lagi berdasarkan situasi sepakan sudut.

Idris melenyapkan sisa kebangkitan T-Team apabila rembatan dari luar kotak penalti menerjah jaring pada minit ke-67 bagi mengekalkan rekod hebat Negeri Sembilan pada permulaan musim Liga Super.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>