Nasib Pahang ibarat telur di hujung tanduk
NASIB juara Liga Super 2004, Pahang ibarat telur di hujung tanduk selepas menempa kekalahan kelima berturut-turut.
Kekalahan terbaru tunduk 2-0 kepada Harimau Muda A di Stadium Darul Makmur bermakna pasukan Pantai Timur itu menduduki tangga kedua tercorot dalam Liga Super.
Pahang yang kini mengumpul 22 mata bersaing hebat dengan Kuala Lumpur (KL) yang dipisahkan dengan satu mata demi mengelak kemungkinan tergelincir ke Liga Perdana musim depan.
Bagaimanapun KL kini memiliki kelebihan satu perlawanan dan pengendali Pahang, Dollah Salleh mengharapkan seteru mereka itu tewas kepada Harimau Muda A dalam perlawanan Jumaat ini.
“Memang tugas kami agak berat lagi, tapi perjuangan belum selesai lagi.
“Saya harap pemain tak putus asa kerana kami masih memiliki satu perlawanan lagi dan mahu pemain berhati-hati agar tidak tercedera,” jelasnya.
Bagi mengelakkan moral barisan anak buahnya jatuh, Dollah sedar beliau perlu meniupkan kata-kata peransang buat pemainnya.
“Saya harap mereka tidak berputus asa seolah-olah mereka tidak akan tersingkir dalam Liga Super.
“Saya percaya dengan mentaliti ini mereka dapat teruskan dalam bersaing Liga Super.
“Saya mahu mereka buang sikap putus asa dan percaya mereka mampu melakukannya.”
July 2, 2011 - 10:08 pm
tp Pahang x perlu bimbang, Sultan Pahang akan tetap selamatkan team ni dlm Liga Super klu duduk no berapa pun.. ttengok contoh tahun lepas…dah tau dah
July 3, 2011 - 10:41 pm
betul ko ckp. bukan dari tahun lepas pahang terselamat tapi musim ni pun pkns jadi mangsa pahang..korang x caya tengok la sultan pahang buat apa nanti..dah jelas nyata rakyat tgk