Kelantan mengamuk di Kangar

KELANTAN meraih kemenangan besar 5-1 ke atas pasukan tangga tercorot, Perlis di Stadium Utama Negeri Kangar, malam tadi.

Mohd Badri Radzi muncul wira Sang Kijang selepas menjaringkan tiga gol manakala Norshahrul Idlan meneruskan sentuhan tajam dengan menambah dua lagi gol kepada Kelantan.

Gol saguhati Perlis dijaringkan Mohd Faiz Subri pada awal babak pertama.

Kelantan bermula garang selepas melakukan asakan bertali arus untuk mendapatkan gol pertama, hasilnya, Norshahrul Idlan Talaha mudah menyempurnakan peluang terhidang hasil hantaran Solehin Kanasian pada minit ke-7.

Tuan rumah tidak perlu menunggu lama untuk menyamakan kedudukan selepas Mohd Faiz Subri memanfaatkan kesilapan Khairul Fahmi Che Mat gagal membaca dengan baik bola sepakan sudut terus menerjah jaring pada minit ke-12.

Selepas jaringan tersebut, Kelantan dan Perlis seringkali berbalas serangan untuk mendahului didepan.

Pada minit akhir babak pertama, Norshahrul Idlan menghukum kelalaian benteng Perlis dengan jaringan kedua setelah gerakan satu dua bersama Norshahrul menewaskan sama sekali penjaga gol Perlis.

Bersambung babak, tiada perubahan formasi dilakukan Kelantan membolehkan Mohd Badri Radzi muncul pencetak gol ketiga pada minit ke-48 selepas pantas menyempurnakan peluang hantaran Norshahrul Idlan Talaha.

Badri sekali lagi tampil penuh bergaya dengan jaringan keempat pada minit ke-68 sebelum menamatkan sisa perjuangan Perlis seterusnya melengkapkan hatrik pertama selepas dua tahun pada minit ke-80 juga melalui gerakan bersama pemain penyerang, Norshahrul Idlan Talaha.

Dengan kemenangan ini, Kelantan melonjak ke tangga ketiga Liga Super selepas memintas Perak yang hanya mampu seri 1-1 dengan Terengganu.

Selangor terus unggul di persada liga dengan mengutip 29 mata selepas membenam Sabah 1-0 di Shah Alam.

Laporan oleh RedsFC News

Related Posts

One Response to Kelantan mengamuk di Kangar

  1. teruskan momentum kemenanganmu wahai pahlawan merah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>