Red Warriors kekal terajui Liga Super
JUARA bertahan, Kelantan mengekalkan penguasaan tangga teratas Liga Super apabila mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas pasukan tangga tercorot, Kuala Lumpur di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam tadi.
Ketiga-tiga gol pasukan tuan rumah dihasilkan pada babak kedua melalui Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-46, Mohd Badhri Radzi pada minit ke-72 dan Dennis Antwi pada minit ke-79.
Kemenangan berkenaan memastikan Kelantan kekal pada puncak liga dengan 13 mata selepas mengharungi lima perlawanan.
Pencabar terdekat, Terengganu juga konsisten apabila mencatat kemenangan keempat berturut-turut hasil jaringan tunggal Francis Forkey Doe pada minit ke-77 membantu skuad Penyu menewaskan Lions XII 1-0 di Stadium Jalan Besar Singapura.
Selangor pula menamatkan badi empat kekalahan ke atas T-Team pada musim lalu apabila menang 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Red Giants mendahului pada minit ke-35 hasil sepakan penalti Ramez Dayoub namun Zairo Anuar Zailani bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-48.
Azidan Sarudin muncul wira Selangor dengan gol kemenangan pada minit ke-77.
Kedah bertambah derita apabila tewas buat kali ketiga, 1-3 kepada Johor FC di Stadium Darul Aman.
Azi Shahril Azmi menjaringkan gol pertama Johor FC pada minit ke-45.
Skuad Lebah menambah dua lagi jaringan melalui Riduwan Ma’on pada minit ke-64 dan Muhd. Kaironnisam Sahabudin Hussain enam minit kemudian sebelum Khyril Muhymeen memberikan gol saguhati buat Kedah pada minit ke-81.
Di Stadium Negeri, Kuching Sarawak berjaya mengikat Negeri Sembilan 2-2 dengan Zamri Morshidi memastikan skuad Rusa pulang hampa apabila berjaya menghasilkan gol penyamaan pada minit ke-86.
Pasukan pelawat mendahului pada minit ke-45 melalui Ahmad Shakir Ali namun disamakan oleh Kalle Sone menerusi sepakan penalti pada minit ke-51.
Shakir Ali sekali lagi meletakkan Negeri Sembilan di hadapan pada minit ke-82 namun Zamri memastikan kegembiraan pelawat hanya kekal seminit apabila dia meledakkan gol penyamaan.
Di Stadium Hang Jebat, Perak terus mengikuti rapat kedudukan Kelantan dan Terengganu apabila menang tipis 2-1 dengan Felda United.
Keputusan Perlawanan Kelima Liga Super 2012
Kelantan 3
Kuala Lumpur 0
Lions XII 0
Terengganu 1
Felda United 1
Perak 2
T-Team 1
Selangor 2
Sarawak 2
Negeri Sembilan 2
Kedah 1
Johor FC 3
PKNS FC 2
Sabah 2
January 29, 2012 - 11:29 am
GAME NI START JAM BRAPA?
January 29, 2012 - 4:02 pm
Pukul 8.45 la bingai. Alhamdulillah Kelate menang dengan jaringan yang besar. Teruskan penguasaan kita dn sesungguhnya ramai pihak yg mencemburui kita. Go more kelate…….
January 29, 2012 - 4:07 pm
Tahniah juga kepada Terengganu kerana berjaya mengekang Singa dikandangnya. Teruskan penguasaan pantai timur.
T-team saya tahu kamu boleh lakukan kejutan.
February 2, 2012 - 8:45 pm
Terbaek lo Kelate