Giliran Selangor diaib T-Team

SELEPAS Kelantan, Selangor menjadi pasukan kedua menjadi mangsa kebangkitan drastik T-Team apabila skuad Red Giants tumbang 0-2 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Jaringan Mohamad Norfarhan (m-59) dan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-83 sudah cukup memberi tiga mata penuh kepada pasukan kendalian Yunus Alif.

Ekoran kekalahan mengejut itu, Selangor turut terlepas peluang untuk kekal di tangga teratas Carta Liga Super apabila dirampas kembali pasukan Kelantan selepas skuad Kijang membenam Felda United 6-0 di Kota Bharu.

Pasukan tuan rumah bermula garang seawal minit ke-11 menerusi hantaran Amri Yahyah yang disambut kemas oleh Amirulhadi Zainal, sebelum melepaskan rembatanya g sedikit tersasar.

Pada minit ke-21 pula, Safiq Rahim dengan gerakan solonya menggelecek pemain-peman pertahanan T-Team sebelum rembatannya ditepis penjaga gol, Syamsuri Mustafa.

Enam minit selepas itu, Selangor dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil, Sani Tari selepas Amri Yahyah dikasari di dalam kotak penalti. Namun sepakan penalti dari Razman Roslan berjaya diselamatkan Syamsuri.

Rudie Ramli mendapat peluang untuk meletakkan Selangor dihadapan pada minit ke-38 tetapi percubaannya hanya singgah di palang gol.

Sebaik sahaja babak kedua dimulakan, pasukan pelawat seolah-olah mendapat semangat baru dengan aksi lebih menyerang.

Ianya berhasil apabila Mohamad Norfarhan menanduk masuk gol pembukaan menewaskan Mohd Iqbal untuk T-Team mendahului 1-0 pada minit ke-59.

Anak-anak buah K. Devan kelihatan sedikit gopoh melakukan hantaran dalam misi mencari gol penyamaan.

Ianya membawa padah apabila gerakan serangan balas yang dilakukan oleh Indra Putra Mahayuddin membuahkan hasil pada minit ke-83.

Indra dengan cemerlang memperdayakan pemain-pemain pertahanan Selangor sebelum melorong masuk bola menewaskan penjaga gol, Mohd Iqbal untuk gol kedua pasukan T-Team sekaligus melengkapkan kemenangan selesa mereka.

Kapten pasukan Selangor, Amri Yahyah dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit-minit akhir perlawanan kerana tindakannya membaling bola ke arah pemain pertahanan T-Team.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>