Ahmad Said kecewa masalah lampu limpah SSINS berulang

Masalah lampu limpah Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

MENTERI Besar Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa kecewa kerana masalah lampu limpah Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) gagal mencapai piawaian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Katanya FAM perlu berbincang dengan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) untuk menyelesaikan masalah itu.

“Saya tak faham, sekali kata boleh, sekali kata tidak boleh, yang mana satu hendak pakai. Dulu kata kata perlu capai 800 lux, kita dah laksanakan, tapi macam mana sekarang turun semula jadi 500 lux.

“Apa masalah sebenarnya, kalau mentol lampu rosak, ganti mentol sajalah, apa yang susah sangat,” katanya mengulas mengenai masalah lampu limpah yang sekali lagi berlaku di stadium itu.

Bernama pada Ahad melaporkan pencahayaan lampu limpah stadium itu hanya 500 lux berbanding 800 lux jumlah maksimum yang ditetapkan oleh FAM.

Masalah itu menyebabkan perlawanan Liga Super antara Terengganu dan Kedah pada Selasa mungkin dilangsungkan pada sebelah petang, kata koordinator perlawanan Abdul Ghani Ishak.

“Keputusan sama ada stadium berkenan boleh digunakan waktu malam atau sebaliknya akan diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa pertandingan tempatan FAM nanti,” katanya. — BERNAMA

Related Posts

2 Responses to Ahmad Said kecewa masalah lampu limpah SSINS berulang

  1. mu xbagi duit nk beli tukar gano… duit abis wat joli puok2 mu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>